Blogger Layouts

Saturday, July 16, 2011

cantik dan berkat =)

as salam..

hari ni saya dengan opismate banyak cerita pasal soal agama..hari ni keja half day..bos pun cuti and  kami yang  kena keja ni pun sibuk menyembang ja hihihi...tapi  tak sembang mengarut okei..kami sembang pasal amalan apa yang dah kami buat slama ni..pasal nisfu syaaban , bulan2 islam.....ya diakui kadang2 lebih ingat kalendar orang putih dari kalendar islam :( insaf seketika....sedar diri ini banyak dosa..sob..sob..banyak lagi tak tahu pasal agama..

harini sangat terharu sebab sahabat saya rajin sangat..dia buat satu buku panduan yang lengkap dengan doa and panduan/cara buat solat sunat contoh solat sunat terawih. and macam2 lagi solat sunat...dia pun copy dari internet ekekeke...

so harini nak share panduan zikir dan doa untuk kekal cantik dan berseri =)

1.  Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :


* Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
*Baca ” Ya Nur ” 1x
*Baca ” Ya Hadi ” 1 x
*Baca ” Ya Allah ” 3x
    Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.


    2.  Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;

    *Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
    *Selepas baca ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

      *Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.


      3.   Bacalah surah al-Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur, nescaya kita akan sentiasa murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa.


      Sedikit tambahan info ;
      Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain tu, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepala yang dialami.

      Sekian, selamat beramal. (sumber blogpakarhowto)

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...