Blogger Layouts

Monday, December 3, 2012

when bobby got fever ~






Hai everyone, my name is Bobby..Pernah tengok kucing batuk tak?Haa I la salah sekor yang batuk tue..I dah kurus ok, tak payah diet-diet lagi. I lebih suka bersendirian sekarang ni sebab I tak sihat, please paham la orang-orang kat rumah tu hoii..asyikla ajak I main-main dengan depa.. I ni jalan pun terjongket-jongket, depa ajak I main-main pulak..Asyik panggil I, bobby..bobby...I malas nak layan depa..



I dah tak hensem sekarang..berat I dah turun mendadak..I tau mesti owner I tak sabar tunggu I sihat, gemok macam dulu balik sebab nak ajak main..

Kucing kan binatang kesayangan Rasulullah S.A.W....Moga Bobby cepat sihat =(










aQma

Sunday, November 11, 2012

saja suka-suka


 Assalamualaikum..

 Layankan ajer gambar ada yang ada hihi..



Testing pertama saya hahaha.. mula belajar buat felt craf ni sebab terjebak dengan kawan-kawan kat opis yang asyik lah layan youtube tengok tutorial sulaman, jahit manik, buat brooch and macam2 lagi lah. So saya pun dah eksaited sama, dah lama teringin nak cuba buat felt craft lalu saya beli kain felt ni dan button semua, balik rumah, cari perkakas jahit mak saya, lalu saya pun mulakan eksperimen ehehe.

Minat ni baru jer bercambah dalam seminggu. Saya minta wani promot kat kawan2 dia, and dapatlah tempahan. Lalu bukan lagi menjadi eksperimen, tapi menjadi tugas dan tanggungjawab untuk siapkan tempahan key chain felt craft ni ahhaha..

Kalau perasan, just ada 3 warna kain felt yang saya guna, warna pink, biru muda and hitam.. hurm memang pun warna limited sangat sebab saya pun saja suka-suka nak buat felt craft ni. And tak sangka ada yang nak tempah hahaha..





Seronok juga bila masa terluang  buat benda kecik comei ni  =)



Disebabkan masih beginner lagi, amatur dalam jahit menjahit ni, maka maafkanla saya jika ada terkurang kat mana-mana huhu..


Lastly pic semalam saya persembahkan..me and my fwenz yang lembut ja bila bercakap, dah tu suka sangat buat lawak haha.. Selamat bertunang wati, moga kekal hingga ke akhir hayat..Aamiin ~~


Oops tak lupa juga pic my kawan, chesen yang sama-sama sengal hahaha...Dia cakap nak glemer juga masuk dalam blog ni haha..(padahalblognipuntakdaorangmasuktengokhahaha)


 

 k daaaaaaa ~



aQma

Tuesday, October 30, 2012

hadapi dengan senyuman



Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka di hati dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri..Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah..

Bila menangis tidak siapa yg tahu..Semuanya demi maruah diri..Walau siapapun kita,dimana kita berada,langit tetap dijunjung,tanah tetap dipijak, Selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan, Jangan sesekali kesal dgn nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk ALLAH yg sedang diuji oleh-NYA....

Apapun yang terjadi, hadapilah dengan senyuman.. =)










aQma

Monday, October 29, 2012

Jangan jadi macam mak jemah ~


Assalamualaikum semua!

Hari ni kita jadi mak-mak la sikit sebab nak berleter kat diri sendiri dan kawan2 yang suka minum 3 in 1 especially minum Nescafe! Nak tau tak, kalau nak tau , meh dekat, baca tulisan mak jemah ni satu persatu, no skip-skip naa. Mak jemah ni dulu penggemar nescafe, mulanya kisah dulu-dulu masa zaman belajar, asyikla mengantuk kan, jadi untuk solve problem, kita minum nescafe!wahhh segar terus mata, lebih energy pulak tu bila dah pekena, apa lagi beli yang 3 in 1, koyak je and tuang dalam secawan air panas, kacau2, minum!slurpppp air tu mengalir masuk dalam mulut seterusnya ke mana-mana dia suka!(sciences ni saya lemah sikit walaupun amik sains tulen haha)

Okei bila dah minum, mak jemah akan rasa nak membuang, lalu proses penyahtinjaan berlaku dengan mudah ye kawan2, sebab tu buang masa dan duit betol kalau beli makanan pagi2, sesudah je mak jemah makan sarapan pagi, pekena pulak nescafe,  terus mak jemah rasa nak membuang. Dah buang tu terus mak jemah feeling2 badan mak jemah ringan kahkahkah. (ok ni mengarut)

Okei setelah bertahun-tahun tak sedar diri, asyik sangat menikmati secawan nescafe setiap hari, this year, bulan 10, bermula la satu episod ngeri dalam hidup mak jemah, or  kita boleh panggil sebagai tragedi oktober..hehe..Tau tak mak jemah rasa sakit-sakit dalam perot pastu mak jemah pergi membuang, then keluar sesuatu but bukan darah ok...huwaaaaaaaaaa....malas nak cita la keluar apa.......(najis tu konpem la keluar haha)

Mak jemah pun pergi refer kawan-kawan and lastly memberanikan diri pergi jumpa doktor, ya Allah, takut wei.. doktor cakap bukan buasir, tapi radang dalam usus.  : (  

Doktor wanita : Awak ada minum kopi pra campur atau 3 in 1 ke?
Mak jemah : Hurm ada doktor, nescafe..
Doktor  : Awak ada sedara yang kena kanser usus atau sakit apa-apa dalam usus?
Mak jemah :  tak da la pulak doktor..
Doktor : Ok takpe, jangan bimbang. Make sure pasni tak ambik makanan pedas, masam-masam dan berminyak, minuman pun kena jaga..Nanti doktor bagi antibiotik, makan sampai habis ye, kalau jadi jugak, kita kena refer ke hospital dan kena masuk teropong la takut ada mucus dalam usus ke apa ke..
Mak jemah : *Angguk-angguk dengan muka cuak bila dengar hospital dan kisah teropongnya*

Bermula la episod dan detik dan waktu nya saya tidak lagi consume / ketagih /  minum air 3 in 1 or any coffee sebab saya dah takut jadi macam tu lagi, saya tau usus saya sakit ni sebab saya sendiri yang tak jaga kesihatan :(

Now saya dah tak sentuh nescafe, awal-awal berhenti dulu saya jadi pening kalau tak pekena, tapi Allah tahu niat hambaNya, sehari ja saya pening, esok tu dah tak minum pun takpa, ok jer!dan begini caranya Allah mentarbiyah saya agar saya lebih menghargai apa yang saya ada sekarang. Masa sakit ni baru kita tau, ya Allah betapa nikmatnya hidup sihat dan boleh makan macam-macam. Kalau sakit ni, nak makan pedas pun tak berani huhu. Kata nak sihat kan hehe..so mari jaga kesihatan dengan berpantang (hahaha dan sekarang kawan-kawan suka kutuk saya sebab dulu tak makan sayur tapi sekarang jadi penggemar sayur pulak)

Sedikit info ....

Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia.
 
Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi risikonya lebih tinggi jika anda berusia lima puluh tahun ke atas.
 
Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda:
  •  mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
  •  pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau kolitis Crohn) lebih daripada lapan tahun.
 Tanda-tanda kanser usus

Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:
  •  Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  •  Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau  najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  •  Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  • Sakit perut.
  • Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
  • Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.
So saya nak nasihat semua, jangan jadi macam mak jemah atas ni sebab nanti korang suffer sakit macam mak jemah baru korang nak rasa sedih..huhu...Sebelum tu nah iklan dari penaja...jaga pemakanan anda, hargailah kesihatan anda...cewah ahaha





aQma

Saturday, October 13, 2012

Mereka itu penghibur ~


Assalamualaikum!

Hai!Erm.. , selalu saya bagi salam, anda jawab tak?jeng jeng jeng hehe..Jawab tau, sama-sama kumpul pahala cewah hihi. 

Weekend kali ni dimanfaatkan sepenuhnya sebab dah lama tak keluarkan peloh, so marilah kita sama2 menjaga kesihatan ye kawan2..So pagi tadi, my kezen datang pick up me and my sister, kami berjoging la kat taman rimba tu...Memandangkan my kezen on diet untuk lagi slim melim gitu, kami semua joging pun betol2 la, dan saya pulak kalau tak da niat nak sihat, baik saya tido kat rumah lagi bagus  kan hehe..Seronoknya bila badan rasa ringan dan feeling atlit gituuu hehe!

Balik je rumah, saya berehatla kejap, tak lama pastu ada la adik sorang ni datang rumah saya senyap2 ja.


Ini budak namanya Arisa. Anak jiran saya. Sampai je rumah saya, memula duk diam ja tengok saya baring.Pastu dia boring, dia nampak pulak sesuatu atas meja.


Dia nampak buku resepi mak saya hehe. 

Arisa : Kakak, ni buku masak sape punye?
Saya : Ini buku acik. (acik tu my mom, ai ni dia panggil kakak ok) hahahaha...
Arisa : Wah sedapnya ayam...wah....
Saya : (dah nak tergelak sebab dia tengok makanan dalam buku pun dah terliur)

Saya saja nak test dia , so saya tanya dia bahan-bahan dalam buku tu dia kenal tak.Mostly dia tau bahan-bahan tu sebab dia kata dia kuat makan, semua dia makan, jadi dia kenal la ahahahha..Ala bukan bahan apapun saya tanya, just jenis sayur, daging jela kan hehe.

Saya cakap kat dia, arisa, kakak nak tdo kejap ,kakak letih la joging tadi. Dia cakap ok, tido la. So elok ja saya pejam mata, tup tup...



Dia dah meniarap sama pulak tepi saya haha. Alahai budak demok ni, dah la comel ja.. Masa ni lagi kelakar ok. 

Arisa : Kakak, arisa pandai buat kek kap (muka confident je)
Saya : Oh ye ke. Arisa belajar mana buat cup cake tu.
Arisa : Mama selalu buat, arisa pun buat la kek kap dengan mama.
Saya : Wah bagusnya arisa..
Arisa : Mestila, semua arisa pandai buat, kek kap tu senang je *sambil jeling mata*
Saya :(menangis dalam hati sebab budak lima tahun lagi terer ahhaha)

Kek kap pun kek kap la arisa. Saya dah tak boleh tido dah, budak debab ni buat saya celik terus haha.Macam-macam yang dia tanya, mana otak saya nak boleh rest kan . Dalam saya sibuk buat benda lain, dia pun sibuk baring sama ambil tempat saya baring tadi sambil tengok kartun. Pastu dia boring, dia pegi kacau adik saya pulak haha.



Dia tengah bodek nak main game lettew hehe.Apapun, rumah saya tak da kanak-kanak kan, so beginila jadinya bila ada budak2. Saya rasa terhibur juga sebab budak2 ni dia jujur, lagi satu dia selalu tanya soalan mencabar dan buat kita rasa nak menangis juga cari jawapan ahaha..







aQma

Saturday, October 6, 2012

Kenangan Abadi~


 Assalamualaikum !

Hai my reader (macam la banyak sangat reader haha )..Ehem ehem, Saya telah menggodek, (bukan menggedik) almari saya and saya jumpa segala yang sangat sweet , yang saya simpan lebih  10 tahun dah wei, semua tu sangat fun bagi saya bila dah buka and baca balik hihi.

Hai Mimi, u should see this, dulu awak nak jadi guru kan kan hehe. Actually  sebab tak tau nak buat apa, saya telah mengisi masa dengan membaca semula kad-kad ucapan / kad raya daripada kawan2. Semua tu sangat cool and saya sangat rindu nak back to zaman persekolahan!.Tau tak saya simpan lagi alamat kawan2 saya since habis SPM dulu, before semua berpisah, saya bagi la buku nota kecik ni untuk diorang buat apa yang patut, konon nanti dah nak cau, at least ada alamat kan, yala takut dah susah nak  jumpa heee...


Dulu-dulu ada telefon rumah ja kan.Mana ada handphone lagi masa tu hehe.


Ayat-ayat dalam kad ni buat saya sebak bila baca semula!Sayang Surul!~


Sweet 15 ok, really appreciate this one, saya sangat terharu sebab saya tak sangka sangat kad buatan tangan ni boleh sentuh hati saya huwaaaa....


Bila buka dalam, ada lirik lagu kumpulan new boys .Kawan saya ni nama dia faridah, dulu minat giler dengan New boyz, so dia letak lirik lagu la  konon2 buka kad ni ada bunyi muzik haha.Sekarang saya dah 26  tahun, kad ni berusia 11 tahun , pergh dah tua dah saya huhu.

This one pun sangat touching sob..sob..from Amirah..

Aqma  nama dalam ic,  nama chigusa ni sebab pengaruh drama jepun masa sekolah dulu.Kan femes kat tv dulu. So berkenan betol nama chigusa ni, padahal entah apa maksud dia pun tak tau haha. Sampaikan kawan saya pun letak kat kad yang dia bagi tu nama chigusa.Yang saya ingat si amirah nama jepun dia , dia duk guna chinatsu, yang ayu pulak yuko, eh mimi kalau baca entry ni tolong bagitau mimi punya nama jepun dulu2 apa hahah..


Saya sayang kawan2 saya dunia akhirat..Mereka sangat cool, kenangan dulu kekal abadi..Kalau boleh nak simpan sampai mati...


Sempat lagi sembang masa cikgu tengah mengajar

Siah : kira dak mate mod yang kita tak dapat tu, b III
Saya :semalam study kat na? (nampak sangat tak menjawab soalan ahha)
Siah : kat umah sal
Saya : ghamai dak?sapa lagi?
Siah : 5 orang ja, kami, sal, naemy, yan, bean...

Saya tulis yang ni bukan apa, sebab saya rindu la kat kawan baik saya yang selama 5 tahun duk sebelah saya masa dalam kelas huhu.

Ukhuwah fillah abadan abada..

Terima kasih untuk sahabat2 yang setia bersama ku sampai sekarang.





















aQma

Saturday, September 29, 2012

Onde-onde



 Assalamualaikum semua..

Dah baca tajuk kan.Tau tak apa tu?Sejenis kuih la, atau kata nama lainnya kuih buah melaka. Eh eh dah macam blog makanan pulak rasa. Biasa la, mood masterched sudah mariiiiii, penangan tengok masterchef , terus semangat nak memasak haha.

Petang Sabtu yang redup...........

Saya : Rasa macam nak buat kuih buah melaka la. *sambil selak buku resipi*
Nini my adik : Wei kak, senang ja tu.Aku dah pernah buat kat rumah sewa.
Saya : (dalam hati tercabar beb sebab adik lagi master haha)...Ok kalau camtu jomla buat.

Sebab tepung pulut, nyok/ kelapa parut takda, kami dua telah memaksa adik yang bongsu  p beli jugak kat kedai.Eh eh yang ni pun nak crita?hehe..Kena crita sebab nanti nak buat tak jadi kalau takda tepung pulut and nyok haha.

Bahan-bahannya :

2 Cawan tepung pulut
1 Camca besar tepung gandum
1 Cawan jus pandan (saya blend dalam secekak daun pandan + sedikit air)
Garam secukup rasa
2 Ketul gula melaka
Kelapa parut

Cara-caranya :
Gaul tepung pulut, tepung gandum bersama sedikit demi sedikit jus pandan, letak garam sikit, pastu biar adunan tu ok-ok jer, tak lembik sangat, tak keras sangat sampai boleh bentuk kuih sebesar ibu jari, masukkan gula melaka, bentuk bulat-bulat semula pastu rendam dalam air yang mendidih, biar sampai terapung, angkat and tos kan, salut dengan nyok / kelapa parut yang dicampur garam sikit..then, siap!





 Ok bila dah siap, marilah kita makan bersama-sama hehe.Bukan rasa nak makan sangat pun, tapi rasa nak try buat tu yang lagi over sebenarnya. Orang lain dah lama buat, saya baru nak buat hahah.Takpela, yang penting kita mencuba ok hee..

aQma

Friday, September 28, 2012

Chicken Rice


 Assalamualaikum!

Fuhh tajuk entry omputih..kemain noh..udah la tenggelam timbul tulis blog, sekali timbul, dah speaking pulak kan haha..By the way saya masih lagi stay kat Mesia ni ha, belum ke obersi pun, jadi abaikan tajuk yang tetiba jadi Mat Salleh tu okei?hehe.

Salam Jumaat semua, semoga beroleh barakah pada hari yang master kepada segala hari ni =) So bersempena weekend yang indah ni, saya nak selit sikitla apa yang saya buat hari ni..Oleh sebab harini masterchef  rumah saya tengah sibuk bersilat kemas bilik adik saya yang laki tu, ubah posisi katil dia semua and macam-macam lagi, jadinya dapur bondaku harini daku yang qonquer kahkahkah.

Saya dah lama sangat nak cuba buat nasi ayam ni. Sebab resipi nak buat pun mudah.Tak kuasa saya nak buat yang susah-susah. Sapa-sapa yang nak try buat pun boleh, cuba lah =))) Ni link Resipi Nasi Ayam yang simple and sedap tu.




Yang hujung atas belah kanan tu, resepi ok..tengok resepi dekat fon mudah sikit nak masak *dasar tak tau masak la katakan..asyik kena tengok resepi saja masa masak kahkahkah. Eh memang kena tengok pun kan..Kang salah letak bahan, marahkan resepi tu jugak, tak sedap pun salahkan resepi jugak, padahal tak tau masak hehe.Walaupun tak tau masak, apa salahnya kita mencuba kan kan hehe..Lama-lama nanti mesti boleh masuk masterchef jugak ahhahaha


Ok sampai sini dulu.daaaaaaaa




aQma

Tuesday, September 4, 2012

Salam Syawal


 Assalamualaikum =))

Hai my belog..maafkan daku sebab lama tak jenguk belog sendiri..huhu...Saya ni boleh dikategorikan blogger hujung-hujung saja sebab buat entry pun hujung-hujung mood raya yang dah pun berlalu 2 minggu hihi...apapun salam syawal =))

Selama berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun ni alhamdulillah, rasa rindu kat bulan ramadhan lagi sebab bulan tu bulan magic!majoriti kita akan ingat bila waktu maghrib, tarikh2 dalam kalendar islam otomatik akan ingat sekali kan..hehe...oh arini dah 5 ramadhan..satg buka puasa pukul 7.39..ha lebih kurang macam gitulah contohnya..contoh ye contoh..almaklumlah saya ni blogger hujung2..orang dah lama update pasal bulan puasa, saya baru terhegeh2 nak crita..tapi bukan cerita apapun, saja bagi selit dalam entry ni, nak bagi lagi panjang ...*poyo*

Raya saya tahun ni alhamdulillah, so far so good..saya bersyukur sangat2 sebab dapat cium tangan mak ayah lagi, dapat jumpa saudara-mara , paling terharu sahabat2 saya tetap datang rumah saya...ya Allah rasa macam Allah gantikan kesedihan saya tu dengan sesuatu yang saya tak dapat gambarkan.. Yer la raya-raya sebelum ni dikunjungi tetamu istimewa lagi  terhormat hehe..siapakah?setiap tahun raya pertama mesti dia datang, so saya akan rasa seronok tahap gaban la kan..Tahun ni dah tak sama lagi tapi saya tetap rasa seronok (alhamdulillah), saya tak sedih meratap pilu langsung pada hari raya pertama...apapun semua tu dah berakhir, kisah lama usah dikenang, takut luka lama berdarah kembali....ewahhh..hahaha...

Saya rasa blank pulak nak tulis apa..eh eh dah tulis sampai 4 perenggan baru rasa blank??hehe..nampak sangat saya tulis sebab nak bagi ada new entry wakaka...

Saya banyak update gambar raya di fesbuk, jadi saya rasa malassssss nak letak dalam belog pic raya saya tahun ni...*bajet orang nak tengok dia konon* hahahhahhaha

Semoga saya dapat update secara lebih rajin lagi selepas ni...nanti saya update lagi ok!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salah dan Silap Harap Dimaafi  =))))

















aQma

Wednesday, August 1, 2012

31 JULAI 2012


 
Assalamuaikum!~

Ada sesuatu pada tarikh tu..Harap-harap segalanya berhasil..Jom baca doa tawakal =) ..Buat urusan apapun harus berserah pada Allah kan =)))



Kalau saya berjaya, insyaAllah saya akan war-war kan..apapun hanya Allah saja yang tahu dan perancangan Allah adalah yang terbaik =)




aQma

Friday, July 6, 2012

Ujian Demi Ujian


Assalamualaikum wbt.

Ujian demi ujian?ayoyo..ambik exam ker?hihi..Memang takla.Saya ni bukan student hokei.By the way Alhamdulillah masih lagi dapat menaip sebaris dua kata kat blog sendiri.Walaupun mungkin takda pembaca hahaha.Apa saya nak kisah, ni diari hdup saya.=)

Tanggal 17 Jun 2012 (mak ai, macam baca blog sejarah)!hehe.Bersempena Israk Mikraj dan cuti umum, pagi yang hening tu ibu kesayangan saya dapat call dari hospital sultanah bahiyah.

Hospital : Puan Maznah kena masuk wad harini jugak blabla
Mak : ya ya..baik..baik..(muka pucat)

Rupa-rupanya mak kena operate lebih awal dari jangkaan.Sepatutnya 19 Julai macam tu baru operate.Tapi pihak Hospital minta mak datang hari tu juga dan hari besoknya terus nak operate..Memang seram sejuk jugak bila semua berlaku secara tiba-tiba..Kebetolan pula 18 Jun 2012 saya ada interview.Ya Allah memang rasa blank ja.Malam tu tido wad teman mak.Pagi2 subuh tu balik rumah dan bersiap untuk ke tempat interview pula.Masa salam cium tangan mak tu rasa sayu giler.

18 Jun 2012
Pukul 8.10 pagi saya dah kat tempat interview.Buat macam biasa ,muka senyum2 siap boleh dapat kawan baru bertukar no.tel dan nickname fesbuk lagi.Tapi dalam hati ni risau mak aku sekejap lagi dah nak masuk dewan bedah.Memang rasa nak lari balik juga bila tunggu turn lama sangat.Dalam pukul 12.45 macam tu saya dapat sms dari ayah, dia bagitau mak dah masuk dewan bedah.Memang nak nangis ja tapi hati kena kuat.Tak lama pastu saya pun dipanggil masuk untuk interviu.Memang tawakal ja!

Lepas habis interviu,saya pecut terus ke hospital.Rasa macam apa yang sukar time tu memang jadi mudah.Saya teringat adik seorang ni selalu pesan,kakma jangan lupa baca doa Rabbi Yassir Wala Tuassir-doa permudahkan segala urusan.Alhamdulillah Allah Maha Penyayang, Mak saya selamat dibedah.Masa tengok mak pas keluar dari dewan bdah, memang sedih sangat2. Mak sakit bila ubat bius habis.Masa tu apa yang saya lalui memang tak dapat digambarkan dengan kata2.Hanya sabar dan doa dapat jadi penawar kepada segala2nya.

Malam tu brsama2 adik saya Nini , kami teman mak.Sepatutnya  hanya satu orang saja untuk satu pesakit, tapi memang Allah bantu kami la.Walaupun makcik guard asyik ulang alik melawat kawasan, tapi dia tak nampak adik saya hahaha.Kalau tak, habisla salah sorang kena balik tengah2 malam buta akibat dihalau makcikguard hihi..

Special thanks dedicated to all of my family (sanak saudara, rakan taulan, opismate) yang sama2 mendoakan untuk mak saya, datang melawat pun ada..Thanks so much!

Apa jua yang terjadi, terlalu besar hikmahnya.Alhamdulillah..Terima Kasih ya Allah..Terima kasih kerana memberi peluang untuk aku berbakti kepada ibu dan bapa ku walaupun aku tak mampu beri wang ringgit,, harta yang banyak, tapi sekurang2nya aku dapat jaga mak aku,bersama2 beliau dengan memberi kata2 semangat, meminjam kekuatan buatnya apabila dia lemah dan tak berdaya.Ya Allah apa yang berlaku dalam hidupku mungkin tidaklah seberat mana tapi aku yakin dengan kekuasaanMu ya Allah..Kerana aku masih mampu tersenyum di hadapan orang walaupun aku sendiri tak berdaya..

Masa taip ni jadi sebak pula teringat kejadian menimpa adik lelaki saya. Tarikh 3 Julai 2012 yang lalu...Masa tu saya di pejabat, tiba2 dapat panggilan dari jiran, Wei, Cepat balik, adik hang jadi tak leh bernyawa.MasyaAllah, saya masa tu memang tau masalah yang dia ada, tapi tak sangka sampai macam ni sekali yang jadi kat adik saya.Saya telefon mak, memang betol adik saya jadi macam tu, terus saya capai beg, keluar dari pejabat..My bos yang saya anggap macam kakak sendiri sempat pesan,jangan bawa keta kalut2..

Saya memang pecut ja, terpikir bukan2 dah jadi kat adik saya, tapi sempat lagi berdoa harap2 suma selamat.Masa sampai2 ja rumah, penuh dah jiran2.Saya panik ya Rabbi.Saya takut apa yang saya terpikir berlaku.Masa jalan nak masuk rumah tu longlai gila langkah.Tapi bila dekat, saya nampak adik saya dikelilingi makcik2, masa tu saya tengok adik saya sukar bernafas, ada yang suruh mengucap, ada yang nak menangis sekali.

Makcik2 tu tanya mana mak, mana mak, saya pndang abang saya, dia tu lagi panik, saya sound depan tu juga, mak kata balik dengan hang.Saya jerit suruh abang saya bawa adik saya p hospital cepat.Tapi ada yang bersuara, depa panggil ambulans dah tapi ambulans tak sampai lagi.Tak lama pastu ambulan sampai, saya ikut adik saya naik ambulans, abang saya follow belakang dengan kereta .Masa dalam ambulan tu, depa pakaikan oksigen untuk adik saya.Baru dia okei.Alhamdulillah semua selamat.Mak n ayah p hospital terus.Mak saya memang bergenang air mata dia tapi dia tengok saya tak nangis, dia tahan juga air mata tu..Alhmdulillah dia boleh balik hari tu juga.

Alhamdulillah ada jiran2 yang baik hati, yang banyak membantu.Rupanya adik saya yang pagi tu sama2 keluar nak p kerja, start enjin kereta sama2 tak jadi p sebab dia pening dan masa dia sesak nafas tu, dia call mak bagitau and mak bagitau jiran..Jiran saya yang p tengok adik saya .Pintu berkunci dan adik saya merangkak2 p buka pintu, patutla saya sampai rumah, tengok adik saya terbaring betol2 depan pintu.Masa tu mungkin rasa saat kematian terlalu hampir, ya Allah terima kasih krana melindungi orang2 yang aku kasihi..SubhanaAllah....


DAN ALLAH MAHA ADIL DAN MAHA PENYAYANG, UJIAN2 YANG DIBERINYA ADALAH MENGIKUT KEMAMPUAN MASING-MASING INSYAALLAH. 


“ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA. IA MENDAPAT PAHALA (DARI KEBAJIKAN) YANG DIUSAHAKANNYA DAN IA MENDAPAT SIKSA (DARI KEJAHATAN) YANG DIKERJAKANNYA. (MEREKA BERDO′A): “YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU HUKUM KAMI JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI TERSALAH. YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBAN YANG BERAT SEBAGAIMANA ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG SEBELUM KAMI. YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG TAK SANGGUP KAMI MEMIKULNYA. BERI MA′AFLAH KAMI; AMPUNILAH KAMI; DAN RAHMATILAH KAMI. ENGKAULAH PENOLONG KAMI, MAKA TOLONGLAH KAMI TERHADAP KAUM YANG KAFIR.” – SURAH ALBAQARAH : AYAT 286





aQma

Wednesday, June 20, 2012

Walaupun Ku Jatuh Tapi Tak Tersungkur




Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh, oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah arah hidup

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku oh…

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh, oh
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa oh, oh, oh
Kini ku berani lebih berdikari yeah, yeah, yeah

Bernyawa dengan sebelah jiwaku..

 ********************************

 Alhamdulillah masih mampu ketawa, masih mampu tersenyum..tiada lagi duka yang abadi..tanpa kamu, saya tetap masih boleh bernyawa sebab Allah ada bersama saya hihi.Bukan kerana kamu saya hidup hahaha
aQma

Friday, June 1, 2012

my bff dah kawen!

 
Assalamualaikum =)

Hai, lama saya tak update blog ni..Adala dalam sebulan hihi....Dah tu one of my kesayangan tegor, aii belog lama tak update noh (terus mak feeling semangat n hepi nak update nyah) Hurm by the way, last month saya ada la some stories nak abadikan di sini tapi ada sedikit aral melintang, jadinya semua terkubur di dalam hati dan sanubari saja..

Tapi..tapi..saya tak leh nak pendam2 la bila my bff, my kesayangan kawen!hey u guys tau tak rasa apa bila kawan rapat, baik dah kawen wei..rasa dia macam hepi sangat2 kawan kita akan jalani hidup baru, ada tanggungjawab baru, ada family baru, wahh...sesungguhnya pasni kawanku, syurgamu itu terletak di bawah telapak kaki suamimu ^_^

 25 MEI 2012 / JUMAAT (AKAD NIKAH)

Pagi yang hening dan ujan renyai2, menemani sahabat baik weols *selasiah mahtar* mekap!Saya bangga giler dan terharu giler kawan baik kami, Migha Mywa kalau ikut nama fesbuk beliau hiks turun jugak2 seawal pagi demi kawan baiknya..nak tau tak, mira drive from Penang to Jitra only 1 hour..kau hado?dia tetap nak tengok siah nikah jugak2 even masa dia sampai tu, siah dah habis mekap tinggal nak bersiap ja..Dalam 15min dia baru sampai tu, dia kena bawa balik siah dulu sebab dah mengelabah dah orang kat rumah siah asik call ja bagitau pihak pengantin laki dah sampai, siap tok imam bagai dah sampai.Saya ni cepat panik, saya cakap kat mira, mira bawa balik siah na.kami follow belakang...Pergh mira drift uols tau..dalam ujan2 dia boleh bawa balik siah sepantas kilat..Boleh imagine Jitra ke Alor Setar ambik masa brapa lama?Ha sila bayangkan...Saya terkedek2 follow belakang, last2 mira hilang hahahah..cepat giler dia bawak.Dan akhirnya bila dah sampai di rumah pengantin perempuan, tok imam belum sampai lagi pun, yang depa cakap tu anak buah tok imam hahahaha..Okei tak lama selepas tu bermula la upacara akad nikah dan Alhamdulillah hanya sekali lafaz, my bff dah jadi isteri kepada Amir Rizuan...Syukur ke hadrat ilahi, kau temui apa yang kau cari my bff..







Outdoor di Pekan Cina, Alor Setar

yang berbaju kaler magenta dan peach tu kawan siah dari Johor..Saya salute giler kawan siah sanggup datang jauh2.Siah kawan yang baik, jadi orang yang baik2 jugak selalu ada dengan dia =))


30 MEI 2012 / RABU (MAJLIS RESEPSI DI DEWAN TNB)

Hari Rabu yang penoh bersejarah, kawan saya jadi Ratu Sehari..ya Allah macam Puteri Kayangan, Patung Cendana dan seumpama dengannya..


Mira, orang kanan siah, imagine please, dia superb dalam driving so dia di kanan siah dalam keta hihiihihi...(tak gamak nak panggil driver kat kawan sendiri paham tak) Mira baik sangat2, tak penah berkira, dia letih or penat bawa weols sana sini pun dia tetap boleh buat lawak...nanti ai tunjuk muka dia letih naaa....


Mimi Shamimi , pemilik DSLR yang mantop itu, sanggup cuti walaupun dah bercuti untuk wedding adik sendiri baru2 ni..untuk kawan baik punya wedding dia sanggup cuti lagi..Single lagi, baik hati, ceria,comel n sempoi orgnya..hihi...


Pengantin kita !

Pemilik belog merangkap tukang amik pic untuk upload di fesbuk (ya Allah pipi saya serupa bantal kabu)
 
Macam cinderela tak?

Pengantin di pelamin nan indah..white pinky..i loikeeee

 Antara sahabat2 yang hadir....

agak blur, tapi ni kami berlakon baling2 bunga rampai ke atas...


sebelum makan kek ni sempat lagi minta izin kat pengantin tau..hihi..thats my bff ...luv uols!


outdoor di Rumah TokSu...


ni la muka mira bila letih hahaha...tetap comel hihi....mimi buat muka tomei bleh noh hehe


31 MEI 2012 / KHAMIS (MAJLIS DI POKOK SENA)



 cantiknya sahabatku.....


mira kena jadi pengapit segera sebab kebetolan baju sama dengan pengapit lelaki!cian plk rasa..tapi saya memang surender awal2 sebab saya ketaq la..huhu


 kami berjalan jauh untuk ke rumah pengantin lelaki...


Walaupun jauh, awk tetap d hati kami my bff..luv u!Selamat Pengantin Baru =)) 
p/s : Ameq tolong jaga our bff elok2 naaaa..we love her!~

aQma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...