Blogger Layouts

Sunday, September 21, 2014

Kun Fa Ya Kun



Assalamualaikum.

Ini entry pertama setelah bergelar isteri. 

Masih baru. Kalau nak ucap selamat pengantin baru pun boleh lagi oke hehe..Saya sekarang dalam proses belajar macamana nak jadi isteri orang, dan lagi penting saya nak jadi isteri solehah la!, suami selalu nyanyi lagu ni, dan saya tertangkap kat lirik ni " isteri cerdik yang solehah penyejuk mata, penawar hati bla bla..(dalam hati wuu terharunya, nyanyi2 camtu pun dah macam doa saya rasa) ! hee

Soalan yang selalu saya dapat sejak-sejak kawen ni, best tak kawen? Oke memang best, rasa bersyukur, rasa tak percaya pun ada. Selalu je cakap ya Allah macam tak percaya dah kawen. Oke memang standard la kan baru-baru kawen nak cakap macam tu.hehe

Macam mana saya jumpa suami saya?Allah aturkan pertemuan pertama bulan April 2013 .. Saya mula-mula nampak dia dalam masjid. Ye ini serius.Di rumah Allah. Saya masa tu jadi mak andam terjun n saya peneman kawan saya nak kawen. Dia pulak temankan pengantin lelaki...Masih ingat lagi entry ni?

Tapi habis sampai situ je. Takde pulak nak tangkap feeling bagai. Takde pulak tukar-tukar nombor ke apa. Nak tukar apa, tegur pun tak pernah. Nak terfikir dia ni ke jodoh aku memang lagi tak la kan.!hehe

Bulan Ogos 2013, bulan raya lagi time tu. Saya ada minor operation, a week after tu tetiba kawan saya minta saya kenal dengan suami saya. Saya macam ermm oke la..Nanti saya usha kat fb. Tapi usha je dulu. Belum add as fren lagi.Hihi. Lusanya baru saya add. Dia approve ok!huaaaa...cek takuitt...hehe..

Then, semuanya bermula. Istikharah. Istikharah. Istikharah. Dengan izin Allah, segalanya jadi mudah. Dari proses bertunang, majlis sebelah perempuan, majlis sebelah lelaki.Allahu..semuanya alhamdulillah berjalan dengan lancar.

Saya tak pernah sangka pun dia ni jodoh saya.Masing-masing jauh. Saya kat aloq staq, dia kat penang (jauh ker?) ehehe..Kami memang jarang jumpa. Mungkin cerita cinta kami tak macam orang lain. Selalu sms, selalu calling2..kalau jumpa pun, untuk hal penting2 je. Saya ni pulak, sejak kenal dengan suami la rajin pulak saya guna poslaju kalau ada apa2 nak bagi. Maklumlah jauh kan kehkeh.

Tapi tapi...janji Allah tu pasti..bila Allah kata Jadi, maka jadi lah..Kun Fa Ya Kun..Saya dengan suami kalau ikutkan baru setahun kenal. Masih nak kenal-kenal lagi ni. hehe

Begitulah serba sedikit.. Nak lebih2 tunggu saya free.. Sekarang kaluitt....hehe

Okeh inshaaAllah nanti saya bebel lagi..doakan saya rajin-rajin update ye kawan2!








aQma

Wednesday, February 5, 2014

Yakini Aku Bahawa Dia Milikku Ya ALLAH


 Assalamualaikum.

Ini cerita lama.. tarikh 21.12.2013 akan ku ingat sampai bila2 :) Biarlah gambar yang menceritakan segalanya.Permulaan cerita bagi cerita cinta saya..ecewah huhu.



Tak pernah terfikir pun tahun 2013 nak ada ikatan dengan seseorang seterusnya ada majlis menghubungkan dua keluarga. Mungkin inilah yang dikatakan jodoh. 


 Untuk bakal imamku, terima kasih sebab hadir dalam hidup aqma. Menjadi sebahagian dalam hidup aqma. Semoga urusan kita untuk mendirikan masjid dipermudahkan Allah . aamiin~

 Bila kami dua dah halal nanti baru saya update segala cerita naa...tak sabar juga sebenarnya hehe..doa-doakan tau :) InshaAllah...


aQma

Monday, February 3, 2014

Semangatlah.



 Assalamualaikum..

Terasa janggal nak menaip di blog sendiri. Dulunya, semua benda yang berlaku dalam hidup, semua saya nak sumbat / cerita dalam satu entry. Tapi sekarang, part-part yang berlaku dalam kehidupan, terpaksa ditapis demi keselamatan haha.

Semangat menulis yang hilang entah ke mana, cuba saya cari semula perlahan-lahan. Kehidupan kian hari kian berubah. Iyalah, takkan selamanya kita di takuk yang sama dan lama.Perlu matangkan diri iyo dop??

Entry kali ni saya nak cakap pasal semangat. Kalau perasan entry saya dulu masa hujung tahun 2011 saya ada buat entry yang bunyi hint-hint macam orang putus cinta kan hehe.. Ya memang pun. Sekarang dah 2014..saya temui seseorang yang tak pernah saya sangka pun, eh dia ni jodoh aku? Alhamdulillah semoga yang terbaik untuk saya. Aamin aamin~ Mohon doa kalian moga dipermudahkan urusan kami untuk mendirikan masjid..doakan saya na :)

Sebenarnya saya pun macam tak percaya saya boleh bertahan bila orang tinggalkan saya. Saya pun tak sangka saya boleh kuat macam ni sekali. Alhamdulillah , syukur ya Rabb. Seingat saya dulu, setiap kali tengok kawan-kawan berkahwin, saya yang single time tu boleh berlapang dada, saya kuat kerana adanya Allah, saya juga banyak sibukkan diri dengan family dan kawan-kawan tersayang.Kadang-kadang kita tengok kawan-kawan kita sibuk g dating,sibuk dengan suami n anak2, paling terasa bila sibuk ada orang message2, tapi kita ni sorang2 je takda sapa pun nak message. Cool beb cool...haha. Dun wori, sebab kalau awak boleh pikir secara matang, awak akan nampak semua tu mainan syaitan, dia nak ajak awak cari cinta yang tidak halal. Okei mesti awak taknak menyesal kali kedua keempat keseploh dah kan.Semangat dan terus semangat okeh??Awak mesti nak jumpa Mr. Right awak terus kan.So awak tak perlu nak cari boipren cepat-cepat sebagai ganti. Niat awak kena betol. Kena minta pada ALLAH jodoh yang baik, minta dipermudahkan juga urusan jodoh.

Syukur syukur.. Dia Maha Mengetahui perjalanan hidup kita macam mana. Dia sebaik-baik perancang. Masa putus dulu, saya selalu dengar lagu Opick macam  Tiada Duka Yang Abadi, Rapuh, semua tu buat saya kuat semula! Ni pasal lagu ketuhanan, paling kurang kita akan rasa aku hanya hilang kekasih tapi aku belum hilang Allah.

Mungkin orang akan cakap, Hilang boipren je pun. ek eleh!poyo...Okei memang kedengaran poyo. tapi untuk orang yang jenis setia, jenis tak reti pasang dua tiga, semua ni makan hati okei! Kalau setakat kenal dua tiga bulan takda masalah, ni makan tahun, mesti paling kurang pun rasa sentap kan hehe.

Okeh baiklah, jangan sedih ye kalau ditinggalkan sebab orang yang tinggalkan kita tu buka laluan untuk orang yang lebih baik masuk dalam hidup kita. Kena yakin dengan janji Allah, perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik..heeeeeeeeee..

Entah kenapa saya nak taip entry pasal ni pula..saya harap dapat membantu orang yang pernah rasa macam yang saya rasa. Setiap orang tak sama dugaan mereka. Jadi yang mana kebetolan sama kisahnya dengan saya, saya harap dapat bagi semangat sikit. hehe


Nanti nak update lagi.. semangatlah aqma!~












aQma

Monday, December 23, 2013

Untuk bakal imamku..




Ya Allah…
Jika dia baik untukku, baik untuk keluargaku..Jadikanlah dia imamku..

Ya Allah..
Jika dia yang mampu membahagiakanku dunia dan akhirat janganlah Engkau jauhkan dia dariku…

Ya Allah…
Jika dialah yang dapat membawa aku ke jalanMu, satukanlah hati kami sampai akhirat..

Ya Allah..
Jika aku adalah rusuk kirinya, jadikanlah aku pelengkap dirinya, pendamping paling setia, wanita yang dia cinta, isteri yang dia banggakan dan ibu terbaik untuk zuriat-zuriat kami.

Ya Allah..
HambaMu yang jahil ini meminta, ya Allah. Berikanlah dia kebahagiaan, kesihatan, kejayaan serta kasih sayangMu. Andai telah tertulis dia bukan untukku, kurniakanlah dia seseorang yang baik untuknya, dan bahagiakanlah mereka , ya Allah.

Ya Allah…
Aku tidak tahu sejak bila aku mencintainya. Juga bagaimana untuk berhenti menyayanginya. Telah aku cuba melupakan tapi bayangannya tetap ada. Hati ini tetap juga menyanjung dia.

Ya Allah..
Kerana kelemahan dan kekuranganku, aku serahkan semuanya padaMu. Jika mencintainya inilah, yang terbaik untukku, redhailah. Semoga cinta ini adalah keranaMu, ya Allah. Semoga cinta ini membawa aku dekat denganMu. Dan semoga cinta sesama insan ini menyedarkan aku untuk selalu mengisi hati ini dengan cinta terdalam padaMu dan kekasihMu.

Amin Ya Rabbal Alamin…





aQma

Thursday, November 7, 2013

MARI JADI BAIK ~



 Assalamualaikum.

Salam Maal Hijrah 1435 buat pembaca belogku.. Jom kita jadi baik jom.Kita sama-sama jadi baik boleh? Sebelum ni kalau kita suka lengah-lengah solat, cuba kali ni kita solat awal waktu. Kalau dulu kita jarang selak-selak quran, apa kata kita sama-sama try baca quran walau hanya 1 ayat 1 hari, bila dah try buat, nanti kita akan rasa nak baca dan baca lagi ayat seterusnya, dan lagi nak baca sampai la dah habis satu juzuk sapa tau kan.

Sebelum ni kalau kita asyik melatah ooh mak hang jatuh terbalik. opocot mak hang dan bla bla lagi mak, (sian sangat nama mak jugak yang naik hehe), kita ubah pula, ya Allah, astaghfirullah, allahuakbar, kan sedap sikit dengar. takdala doa bukan-bukan dengan sebut nama mak masa melatah!hehe.. Saya cakap camni sebab saya memang suka sebut macam tu kalau terkejut apa-apa.. Saya sayang mak saya, jadi saya takmau mak saya jatuh terbalik ke apa hehe

Kalau sebelum ni duduk sajasaja taktau nak buat apa, jom kita zikir jom. Contohnya kita zikir ya Aziz banyak-banyak, nanti rezki kita murah, datang tak disangka-sangka.. Kita baca dalam hati pun takpa. Cuba tau?Yakin dengan asmaulhusna, nama-nama Allah, banyak lagi fadhilat dengan baca zikir asmaulhusna. Percayala!
 
Saya belum cukup baik,belum betul-betul baik, tapi saya nak jadi orang baik. Benda ni nampak kecik tapi besar di mata Allah. Benda yang remeh tapi susah nak buat, kita kena pandang benda ni besar sebab kita ni bukan sapa-sapa pun, kebergantungan kita hanya pada Allah. Oleh itu, kita tak yah nak riak sangat kalau ada ilmu setinggi langit tapi kita tak amalkan pun benda-benda basic macam ni. Kita selalu rasa cukup dah, ok dah aku semayang suma, tapi kita lupa nak doa, minta solat kita diterima?kita pulak selalu doa ya Allah ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku.. tapi kita mungkin lupa nak minta Allah makbulkan doa-doa mak ayah kita. Pasni kita cuba buat tau.

Ewah ewah membebel macam ustazah pulak saya ni.. Dak dak bukan macam tu. Saya ni kategori orang yang bertatih mencari redha Ilahi. Bukan orang yang bijak pandai dalam bab agama ni, tapi saya nak belajar, rasa seronok lagi kalau suma pun pakat-pakat belajar. Kita sama-sama jadi baik jom!Apa yang saya tulis dalam entry kali ni adalah untuk remind diri saya jugak yang saya masih banyak kekurangan, amalan pun tak hebat mana, tapi biarlah kita buat yang kecil-kecil ni secara istiqamah dari langsung tak cuba buat, kan?

Jom jaga aurat kita jugak..hehe







aQma

Saturday, October 19, 2013

Aku wanita biasa



Aku wanita biasa,
Serba kekurangan, banyak kelemahan
Terimalah daku apa adanya
Jangan dipersoalkan kenapa dan mengapa
Sesungguhnya aku hanyalah wanita biasa

Aku wanita biasa
Tidaklah sesolehah kau dambakan
Tapi aku juga punya impian
Menjadi yang terbaik untuk sang Imam

Aku wanita biasa
Ada ketika aku tak mampu menahan rasa duka
Ada waktunya aku terpaksa mengalirkan air mata
Usahla beranggapan aku lemah
Tapi fahamilah, ini caranya aku memujuk hati ku yang satu

Aku wanita biasa
Aku punya hati, perasaan
Selayaknya dikasihi..difahami
Bukan dibiarkan sakit berhari-hari

 Aku wanita biasa



aQma
19 Okt 2013
11.50am

Sunday, September 29, 2013

Istikharah Cinta


 Assalamualaikum..

Bulan September dah nak melabuhkan tirainya. Oktober is coming. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Syukur kepada Allah. Saya sihat, saya happy seperti selalu dan saya double happy hehe. Ujian sikit-sikit dalam hidup tu biasalah tu. Nama pun manusia kan. Selagi boleh sabar, kita sabar k. 

Apasal ringkas sangat penulisan saya kali ni. Sekadar nak bagi ada entry agaknya. Saya nak bebel apa pun tak sure ni. Banyak idea sebenarnya dalam kepala ni, tapi terpaksa ku rahsiakan dulu huhu. Kita zip mulut dulu okay.

Suka dengar tak lagu istikharah cinta?



 kalau suka, kita give me five!sebab saya pun sukaaa..^_^

p/s : Kalau perlu buat pilihan atau keputusan dalam hidup, minta tolong pada Allah tau. InshaAllah nanti Allah tunjuk jalan.:)












aQma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...