Blogger Layouts

Saturday, September 29, 2012

Onde-onde



 Assalamualaikum semua..

Dah baca tajuk kan.Tau tak apa tu?Sejenis kuih la, atau kata nama lainnya kuih buah melaka. Eh eh dah macam blog makanan pulak rasa. Biasa la, mood masterched sudah mariiiiii, penangan tengok masterchef , terus semangat nak memasak haha.

Petang Sabtu yang redup...........

Saya : Rasa macam nak buat kuih buah melaka la. *sambil selak buku resipi*
Nini my adik : Wei kak, senang ja tu.Aku dah pernah buat kat rumah sewa.
Saya : (dalam hati tercabar beb sebab adik lagi master haha)...Ok kalau camtu jomla buat.

Sebab tepung pulut, nyok/ kelapa parut takda, kami dua telah memaksa adik yang bongsu  p beli jugak kat kedai.Eh eh yang ni pun nak crita?hehe..Kena crita sebab nanti nak buat tak jadi kalau takda tepung pulut and nyok haha.

Bahan-bahannya :

2 Cawan tepung pulut
1 Camca besar tepung gandum
1 Cawan jus pandan (saya blend dalam secekak daun pandan + sedikit air)
Garam secukup rasa
2 Ketul gula melaka
Kelapa parut

Cara-caranya :
Gaul tepung pulut, tepung gandum bersama sedikit demi sedikit jus pandan, letak garam sikit, pastu biar adunan tu ok-ok jer, tak lembik sangat, tak keras sangat sampai boleh bentuk kuih sebesar ibu jari, masukkan gula melaka, bentuk bulat-bulat semula pastu rendam dalam air yang mendidih, biar sampai terapung, angkat and tos kan, salut dengan nyok / kelapa parut yang dicampur garam sikit..then, siap!





 Ok bila dah siap, marilah kita makan bersama-sama hehe.Bukan rasa nak makan sangat pun, tapi rasa nak try buat tu yang lagi over sebenarnya. Orang lain dah lama buat, saya baru nak buat hahah.Takpela, yang penting kita mencuba ok hee..

aQma

Friday, September 28, 2012

Chicken Rice


 Assalamualaikum!

Fuhh tajuk entry omputih..kemain noh..udah la tenggelam timbul tulis blog, sekali timbul, dah speaking pulak kan haha..By the way saya masih lagi stay kat Mesia ni ha, belum ke obersi pun, jadi abaikan tajuk yang tetiba jadi Mat Salleh tu okei?hehe.

Salam Jumaat semua, semoga beroleh barakah pada hari yang master kepada segala hari ni =) So bersempena weekend yang indah ni, saya nak selit sikitla apa yang saya buat hari ni..Oleh sebab harini masterchef  rumah saya tengah sibuk bersilat kemas bilik adik saya yang laki tu, ubah posisi katil dia semua and macam-macam lagi, jadinya dapur bondaku harini daku yang qonquer kahkahkah.

Saya dah lama sangat nak cuba buat nasi ayam ni. Sebab resipi nak buat pun mudah.Tak kuasa saya nak buat yang susah-susah. Sapa-sapa yang nak try buat pun boleh, cuba lah =))) Ni link Resipi Nasi Ayam yang simple and sedap tu.




Yang hujung atas belah kanan tu, resepi ok..tengok resepi dekat fon mudah sikit nak masak *dasar tak tau masak la katakan..asyik kena tengok resepi saja masa masak kahkahkah. Eh memang kena tengok pun kan..Kang salah letak bahan, marahkan resepi tu jugak, tak sedap pun salahkan resepi jugak, padahal tak tau masak hehe.Walaupun tak tau masak, apa salahnya kita mencuba kan kan hehe..Lama-lama nanti mesti boleh masuk masterchef jugak ahhahaha


Ok sampai sini dulu.daaaaaaaa




aQma

Tuesday, September 4, 2012

Salam Syawal


 Assalamualaikum =))

Hai my belog..maafkan daku sebab lama tak jenguk belog sendiri..huhu...Saya ni boleh dikategorikan blogger hujung-hujung saja sebab buat entry pun hujung-hujung mood raya yang dah pun berlalu 2 minggu hihi...apapun salam syawal =))

Selama berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun ni alhamdulillah, rasa rindu kat bulan ramadhan lagi sebab bulan tu bulan magic!majoriti kita akan ingat bila waktu maghrib, tarikh2 dalam kalendar islam otomatik akan ingat sekali kan..hehe...oh arini dah 5 ramadhan..satg buka puasa pukul 7.39..ha lebih kurang macam gitulah contohnya..contoh ye contoh..almaklumlah saya ni blogger hujung2..orang dah lama update pasal bulan puasa, saya baru terhegeh2 nak crita..tapi bukan cerita apapun, saja bagi selit dalam entry ni, nak bagi lagi panjang ...*poyo*

Raya saya tahun ni alhamdulillah, so far so good..saya bersyukur sangat2 sebab dapat cium tangan mak ayah lagi, dapat jumpa saudara-mara , paling terharu sahabat2 saya tetap datang rumah saya...ya Allah rasa macam Allah gantikan kesedihan saya tu dengan sesuatu yang saya tak dapat gambarkan.. Yer la raya-raya sebelum ni dikunjungi tetamu istimewa lagi  terhormat hehe..siapakah?setiap tahun raya pertama mesti dia datang, so saya akan rasa seronok tahap gaban la kan..Tahun ni dah tak sama lagi tapi saya tetap rasa seronok (alhamdulillah), saya tak sedih meratap pilu langsung pada hari raya pertama...apapun semua tu dah berakhir, kisah lama usah dikenang, takut luka lama berdarah kembali....ewahhh..hahaha...

Saya rasa blank pulak nak tulis apa..eh eh dah tulis sampai 4 perenggan baru rasa blank??hehe..nampak sangat saya tulis sebab nak bagi ada new entry wakaka...

Saya banyak update gambar raya di fesbuk, jadi saya rasa malassssss nak letak dalam belog pic raya saya tahun ni...*bajet orang nak tengok dia konon* hahahhahhaha

Semoga saya dapat update secara lebih rajin lagi selepas ni...nanti saya update lagi ok!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salah dan Silap Harap Dimaafi  =))))

















aQma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...