Blogger Layouts

Sunday, January 13, 2013

Tak best tau dak



Assalamualaikum..

Tajuk entry macam marah sangat. Tak. Bukan marah . Tapi nak berletiaq sikit-sikit ja dalam belog sendiri. 

Statement yang acapkali didengar.

1. Eh kakak, dah besaq nooo...Sekolah lagi ka?
2. Laaa besaq dah anak kaknah yang ni, sekolah tingkatan berapa?
3. Ooo cuti sem ka la ni..bila nak habis mengaji?

Statement macam di atas ni bukan satu lagi benda yang best nak dengar buat masa sekarang . Saya dah lama tinggal sekolah wahai tuan / puan yang dihormati lagi dikagumi..10 tahun sudah saya tinggalkan sekolah. Ya memang saya boleh terima kalau masa saya umur 21-25, orang cakap macam tu kat saya. Okey, memang seronok habis la masa tu bila dengar. Lagi rasa seronok kalau time tu Nini ada sekali. Pergh rasa macam muda sungguh. Hihi. Kalau Nini ada, then dia dengar tapi dia akan buat pekak macam tak da perasaan. Jeles la tu.

Pernah sekali masa tu dalam ambulans, kes teman pidot yang duk sakit time tu, brader ambulans tu tanya, ni sapa?abang adik ka?Saya terkedu. Eh dak dak..Ni adik laki saya. Aku adik kepada pidot?Pidot abang aku?ohmaigod tua nya ang pidot ahhaha.

Tak lama lagi saya akan menjejaki usia 27 tahun wahai sedara-sedara jauh ku, teman-teman mak ayah ku..

Jadi ibu-ibu bapak-bapak, siapa yang punya anak bilang aku..aku yang sedang malu..sama teman-temanku..kerna cuma diriku...ok sambung sendiri lagu Cari Jodoh by Wali band.

Macam mana saya nak kawen kalau semua orang yang saya jarang atau tak pernah jumpa tapi bila kenal macam kalau pergi kenduri, pergi rumah sapa-sapa,akan tanya adik ni sekolah lagi ka?alahai.. hancus hati den..muda sangat ka aku ni ka muka macam budak-budak ka?hoiiiiiiiiii stress la. Tapi adakalanya bagus jugak daripada orang asyik tanya bila nak kawen?bila nak kawen?hehe.

sekian dari kakak yang nak mencecah umoq 27 tahun.

aQma

Thursday, January 10, 2013

Terapi terbaik ~


 Assalamualaikum!

Hai my blog reader. I'm on leave today..tapi cuti yang stay kat rumah je.. simpati tak?takda vacation, short or long vacation bagai sebab saya hanya duduk rumah tapi saya rasa heaven saaaaangaaaaaat bila dapat rest otak tanpa ada gangguan . Huahahaha (gelak jahat). Okay hari ni saya cuti sebab nak menghabiskan annual leave tahun lepas yang ada.

Cuti saya ni memang saya tunggu time saja nak betol-btol cuti, hurm rasa macam ayat serupa orang tunggu time nak bersalin pulak ye hehe..Ops bukan, tunggu time yang sesuai nak cuti sebab saya takkan puas hati kalau ada benda yang tak siap di opis nuuu.. Memang saya cenggini pun, suka memikiaq kalau sesuatu benda tu datang dari saya tapi saya tak berjaya menyempurnakannya. Cewah bajet buat kerja sempurna la sangat kan..Bukan macam tu. Saya harap saya tak menyusahkan sapa-sapa la if saya tengah bercuti.Thats all guys!

Terapi terbaik kala bercuti dan stay di rumah adalah memasak. ikut mood dan selalunya kadangkala saja memasak hahaha Okay memang memasak ni kalau tak pandai mana pun kena cuba juga dan perlu yakin diri. Pastu perlu kreatif. Semua orang pandai masak, dan takda istilah tak tau masak tapi kalau pemalas masak, ha yang tu memang ada istilah pun dan selalu guna ayat ish taktau masak la, sebenarnya kita pemalas huhu. Okei bab pemalas masak tu memang saya paham sangatla sebab saya pun pemalas. hehe. Kalau kita tak pandai masak kita boleh belajar kan..okei dah banyak mengarut. Masak sekali sekala pun dah nak membebel saya ni huahaha.Bukan camtu point saya, sebenarnya nak bagi semangat supaya lebih rajin memasak. Ok positive thinking =)

Ok here presenting uols...



Walaupun simple iaitu hanya ayam masak merah dan telor dadar yang serabut tapi yang penting kita boleh melakukannya sampai abis dan jangan malas. Hahaha poyo gila.Hurm kalau weekend selalu ada masterchef di rumah dan selalunya saya  hanya jadi juri *ni ayat orang pemalas masak* . Ok daa!Nak pegi relaks ni...weehuuuu




aQma

Wednesday, January 9, 2013

VACATION please!



Assalamualaikum.

Entah kenapa rasa nak sangat pergi vacation kat mana-mana. Hujung tahun lepas memang teringin sangat nak pergi bercuti dan relaks kat mana-mana. Tapi tinggal angan-angan sajalah. Saya rasa letih sangat few weeks ni.Mungkin saya terlalu fokus untuk sesuatu benda sampai saya tak sempat bagi minda , hati saya relaks sekejap dari KERJA! Saya nak cuti, tapi ada orang lain lagi yang cuti. Jadi ku pendam saja hasrat nak bercuti. Mungkin tak parah mana agaknya kalau saya tak cuti pun. Tapi ketahuilah jiwa saya memberontak dan saya perlu sesuatu untuk saya lebih bersemangat semula untuk bekerja! Saya tak boleh kalau bercuti dan hanya stay kat rumah, sebab saya rasa tak da gunanya aku bercuti, makin serabut adalah, jadi saya ambil keputusan okei, baik p kerja. Tapi rupanya decision n tindakan saya tak selari dengan jiwa saya.Masih rasa kosong di situ.Saya takda self rewards untuk diri sendiri. Hanya tau, hari-hari kerja, kerja dan kerja. Bukan merungut tapi saya perlu pause sekejap dari semua ni, kerja yang sampai bila-bila pun takkan selesai.Seronok sebenarnya kerja kat situ tambah-tambah bila kerja tu ikut progress dan tak banyak sangat leader and ideas and order!opssssssss...stop complaining yaaaa...ok ziip mulut ni.. then sebab dah zip mulut jadi kena stop writing pasal tu jugakla sebab dah rasa serabut tiba-tiba.. bole pulak stop entry macam ni ye?Takpa boleh ja sebab ni blog saya..hehe..

Vacation, yeah i need u :(









aQma

Tuesday, January 8, 2013

Kita Yang Pilih ~




Meh speaking sikit...














aQma

Saturday, January 5, 2013

Jangan Lupa Bersyukur



Hidup ini singkat, cuma persinggahan.Kalau dapat sebarang pemberian, pujian, atau walau hanya sebaris kata-kata perangsang, atau orang masuk meminang, opss terover pulak ye, silalah bersyukur. Bukan susah, cuma ucap Alhamdulillah. 

Hari ini..

Dapat tengok muka mak ayah, adik beradik..teman-teman..
Dapat dengar suara orang..
Dapat bercakap dengan orang..
Dapat berjalan..dapat berlari..
Dapat solat secara berdiri..
Dan lain-lain lagi..
Jangan lupa ucap..

ALHAMDULILLAH


 Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

 :: Surah An-Nisaa' Ayat 147


aQma

Tuesday, January 1, 2013

WELCOME 2013~


 Assalamualaikum..

 Bye bye 2012, WELCOME 2013.

Terima kasih 2012 kerana "aku" bisa melaluinya walau payah walau getir. Hendak melangkah terasa nak rebah, tapi "aku" tetap cuba! 2012 antara tahun yang buat "aku" makin kenal siapa diriku, bukan maksudnya "aku" tak sedar siapa diriku sebenar selama ni, tapi kenangan yang ada sepanjang 2012 banyak mengajar "aku" erti ketabahan, kesabaran, penghargaan dan rasa bersyukur dengan apa yang telah dimiliki.Belajar melupakan, belajar menerima kenyataan, paling penting belajar menerima qada dan qadar yang Allah tetapkan. Siapalah "aku" untuk melawan apa yang tertulis,menidakkan kebenaran bahawa segala yang "aku" pernah miliki sebelum ini hanyalah sementara,bukan milikku selamanya. "Aku" bangkit dari kegagalan, "aku" cuba tidak meletakkan harapan atau bergantung pada insan bergelar manusia, pengharapan ku hanyalah pada Allah swt!Masih terngiang-ngiang di telinga, pesan ibuku masa awal tahun 2012, lupakan saja insan tersebut, fokus pada kerjaya..Ya, pesan ibu tu mungkin antara salah satu ilham dari Allah bahawa perjalanan hidup ni bukan terhenti apabila kita gagal dalam bercinta!So, 2012 antara tahun yang membuatkan diriku belajar supaya lebih berdikari. Dan terima kasih 2012 untuk segala kenangan yang ada, semuanya manis belaka apabila "aku" hanya bergantung pada Allah swt, jadi yang baik-baik itu kan datang dari Allah =)

Fuh, intro untuk entry 2013 bahasa sastera pulak ya..marilah kembali kepada bahasa diri "saya" supaya lebih dekat dengan pembaca..hahahaha..Apa azam tahun baru?mungkin yang tak tercapai di tahun lepas, jadi marilah lanjutkan untuk 2013 pula..2013 usia makin bertambah, jadi bagaimana pula dengan amalan?fuhhh..harap makin lebih baik dari sebelum ni sebab masih banyak kekurangan yang saya perlu perbaiki..

Saya adaaaaaaa banyaaaaaaak bendaaaaaa nak capaaaaaai terutamaaaaaa nak bagi mak ayah saya berbangga dengan saya dan saya nak buktikan yang saya boleh!.Umpama slogan, Anda Mampu Mengubahnya!hahaha..Saya merancang, Allah juga merancang, dan saya kena berusaha lebih kuat lagi, caiyok caiyok aQma!

 Moga 2013 adalah lebih baik lagi..Aamiin =)





Adik di sebelah kanan, kakak di sebelah kiri, adik lahir 27 April, kakak 28 April, jadi kakak sentiasa nampak muda macam adik walaupun beza umur 14 tahun ahahahhahaha.,Eh eh sentiasa awet muda tu pun antara azam jugak tu hehe...


 k daaaaaaaaaaaaaaaaa




aQma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...