Blogger Layouts

Sunday, September 21, 2014

Kun Fa Ya Kun



Assalamualaikum.

Ini entry pertama setelah bergelar isteri. 

Masih baru. Kalau nak ucap selamat pengantin baru pun boleh lagi oke hehe..Saya sekarang dalam proses belajar macamana nak jadi isteri orang, dan lagi penting saya nak jadi isteri solehah la!, suami selalu nyanyi lagu ni, dan saya tertangkap kat lirik ni " isteri cerdik yang solehah penyejuk mata, penawar hati bla bla..(dalam hati wuu terharunya, nyanyi2 camtu pun dah macam doa saya rasa) ! hee

Soalan yang selalu saya dapat sejak-sejak kawen ni, best tak kawen? Oke memang best, rasa bersyukur, rasa tak percaya pun ada. Selalu je cakap ya Allah macam tak percaya dah kawen. Oke memang standard la kan baru-baru kawen nak cakap macam tu.hehe

Macam mana saya jumpa suami saya?Allah aturkan pertemuan pertama bulan April 2013 .. Saya mula-mula nampak dia dalam masjid. Ye ini serius.Di rumah Allah. Saya masa tu jadi mak andam terjun n saya peneman kawan saya nak kawen. Dia pulak temankan pengantin lelaki...Masih ingat lagi entry ni?

Tapi habis sampai situ je. Takde pulak nak tangkap feeling bagai. Takde pulak tukar-tukar nombor ke apa. Nak tukar apa, tegur pun tak pernah. Nak terfikir dia ni ke jodoh aku memang lagi tak la kan.!hehe

Bulan Ogos 2013, bulan raya lagi time tu. Saya ada minor operation, a week after tu tetiba kawan saya minta saya kenal dengan suami saya. Saya macam ermm oke la..Nanti saya usha kat fb. Tapi usha je dulu. Belum add as fren lagi.Hihi. Lusanya baru saya add. Dia approve ok!huaaaa...cek takuitt...hehe..

Then, semuanya bermula. Istikharah. Istikharah. Istikharah. Dengan izin Allah, segalanya jadi mudah. Dari proses bertunang, majlis sebelah perempuan, majlis sebelah lelaki.Allahu..semuanya alhamdulillah berjalan dengan lancar.

Saya tak pernah sangka pun dia ni jodoh saya.Masing-masing jauh. Saya kat aloq staq, dia kat penang (jauh ker?) ehehe..Kami memang jarang jumpa. Mungkin cerita cinta kami tak macam orang lain. Selalu sms, selalu calling2..kalau jumpa pun, untuk hal penting2 je. Saya ni pulak, sejak kenal dengan suami la rajin pulak saya guna poslaju kalau ada apa2 nak bagi. Maklumlah jauh kan kehkeh.

Tapi tapi...janji Allah tu pasti..bila Allah kata Jadi, maka jadi lah..Kun Fa Ya Kun..Saya dengan suami kalau ikutkan baru setahun kenal. Masih nak kenal-kenal lagi ni. hehe

Begitulah serba sedikit.. Nak lebih2 tunggu saya free.. Sekarang kaluitt....hehe

Okeh inshaaAllah nanti saya bebel lagi..doakan saya rajin-rajin update ye kawan2!








aQma

Wednesday, February 5, 2014

Yakini Aku Bahawa Dia Milikku Ya ALLAH


 Assalamualaikum.

Ini cerita lama.. tarikh 21.12.2013 akan ku ingat sampai bila2 :) Biarlah gambar yang menceritakan segalanya.Permulaan cerita bagi cerita cinta saya..ecewah huhu.



Tak pernah terfikir pun tahun 2013 nak ada ikatan dengan seseorang seterusnya ada majlis menghubungkan dua keluarga. Mungkin inilah yang dikatakan jodoh. 


 Untuk bakal imamku, terima kasih sebab hadir dalam hidup aqma. Menjadi sebahagian dalam hidup aqma. Semoga urusan kita untuk mendirikan masjid dipermudahkan Allah . aamiin~

 Bila kami dua dah halal nanti baru saya update segala cerita naa...tak sabar juga sebenarnya hehe..doa-doakan tau :) InshaAllah...


aQma

Monday, February 3, 2014

Semangatlah.



 Assalamualaikum..

Terasa janggal nak menaip di blog sendiri. Dulunya, semua benda yang berlaku dalam hidup, semua saya nak sumbat / cerita dalam satu entry. Tapi sekarang, part-part yang berlaku dalam kehidupan, terpaksa ditapis demi keselamatan haha.

Semangat menulis yang hilang entah ke mana, cuba saya cari semula perlahan-lahan. Kehidupan kian hari kian berubah. Iyalah, takkan selamanya kita di takuk yang sama dan lama.Perlu matangkan diri iyo dop??

Entry kali ni saya nak cakap pasal semangat. Kalau perasan entry saya dulu masa hujung tahun 2011 saya ada buat entry yang bunyi hint-hint macam orang putus cinta kan hehe.. Ya memang pun. Sekarang dah 2014..saya temui seseorang yang tak pernah saya sangka pun, eh dia ni jodoh aku? Alhamdulillah semoga yang terbaik untuk saya. Aamin aamin~ Mohon doa kalian moga dipermudahkan urusan kami untuk mendirikan masjid..doakan saya na :)

Sebenarnya saya pun macam tak percaya saya boleh bertahan bila orang tinggalkan saya. Saya pun tak sangka saya boleh kuat macam ni sekali. Alhamdulillah , syukur ya Rabb. Seingat saya dulu, setiap kali tengok kawan-kawan berkahwin, saya yang single time tu boleh berlapang dada, saya kuat kerana adanya Allah, saya juga banyak sibukkan diri dengan family dan kawan-kawan tersayang.Kadang-kadang kita tengok kawan-kawan kita sibuk g dating,sibuk dengan suami n anak2, paling terasa bila sibuk ada orang message2, tapi kita ni sorang2 je takda sapa pun nak message. Cool beb cool...haha. Dun wori, sebab kalau awak boleh pikir secara matang, awak akan nampak semua tu mainan syaitan, dia nak ajak awak cari cinta yang tidak halal. Okei mesti awak taknak menyesal kali kedua keempat keseploh dah kan.Semangat dan terus semangat okeh??Awak mesti nak jumpa Mr. Right awak terus kan.So awak tak perlu nak cari boipren cepat-cepat sebagai ganti. Niat awak kena betol. Kena minta pada ALLAH jodoh yang baik, minta dipermudahkan juga urusan jodoh.

Syukur syukur.. Dia Maha Mengetahui perjalanan hidup kita macam mana. Dia sebaik-baik perancang. Masa putus dulu, saya selalu dengar lagu Opick macam  Tiada Duka Yang Abadi, Rapuh, semua tu buat saya kuat semula! Ni pasal lagu ketuhanan, paling kurang kita akan rasa aku hanya hilang kekasih tapi aku belum hilang Allah.

Mungkin orang akan cakap, Hilang boipren je pun. ek eleh!poyo...Okei memang kedengaran poyo. tapi untuk orang yang jenis setia, jenis tak reti pasang dua tiga, semua ni makan hati okei! Kalau setakat kenal dua tiga bulan takda masalah, ni makan tahun, mesti paling kurang pun rasa sentap kan hehe.

Okeh baiklah, jangan sedih ye kalau ditinggalkan sebab orang yang tinggalkan kita tu buka laluan untuk orang yang lebih baik masuk dalam hidup kita. Kena yakin dengan janji Allah, perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik..heeeeeeeeee..

Entah kenapa saya nak taip entry pasal ni pula..saya harap dapat membantu orang yang pernah rasa macam yang saya rasa. Setiap orang tak sama dugaan mereka. Jadi yang mana kebetolan sama kisahnya dengan saya, saya harap dapat bagi semangat sikit. hehe


Nanti nak update lagi.. semangatlah aqma!~












aQma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...