Blogger Layouts

Monday, February 25, 2013

Sabarlah tika diuji..



Assalamualaikum.

Sekian lama ku tinggalkan blog ni. Hidupku sama macam orang lain. Tiada yang berubah. Cuma kebelakangan ini, opismate ku ramai kehilangan orang tersayang. Ya, takdir Allah mengatasi segala-galanya. Semua yang kita punya, adalah milik Allah.

Sahabatku , Nurul baru kehilangan ibu mertuanya. Syaufiq, anak manja dalam keluarga, kehilangan ayahanda tercinta.. Makmah @ kakmah, baru saja kehilangan anak lelaki tunggal.. Semuanya dalam bulan Februari.. Takziah untuk mereka sekeluarga.. Memang sukar, pahit untuk ditelan tapi semua ni sudah ketentuan..

 Al fatihah.










aQma

Wednesday, February 6, 2013

Kenapa dan mengapa..



Kenapa aku tak kaya macam dia?
Kenapa aku tak cantik macam dia?
Kenapa aku tak pandai macam dia?
Kenapa aku kena tinggal ni?apa kurangnya aku, apa lebihnya dia..ok stop complaining, hak tuihhh untuk ayat kenapa kau kena tinggal n bla bla bla tadi tu.

Lebih baik ubah persoalan yang bangang tu jadi macam ni, mengapa dia lebih tahu banyak ilmu agama berbanding aku?mengapa dia solat lama sangat, baca surah apalah agaknya ye? Mengapa dia rajin sangat tolong orang ni...

M.E.N.G.A.P.A = Mengambil apa yang baik

K.E.N.A.P.A = Kena patuh apa yang Allah dah bagi

Ok paham tak konsep kenapa?kenapa tu kena patuhla dah Allah bagi macam tu, apasal engkau nak complain macam-macam.Bersyukur okay...

Mengapa pulak? hurm kau kena ambil benda yang baik-baik sebagai teladan sebab dari situ kau akan belajar menerima sesuatu dengan rendah hati, rendah diri pada perkara yang patut bagi mengelakkan kau rasa ujub diri, riak takbur dan sebagainya.

Okay sekian saja dari ustajahkema..hihi






aQma

Kau..


 Assalamualaikum..

Hari ni kau gembira, esok belum tentu lagi momentum gembira kekal sama..Hari ni kau bersedih, tetaplah jangan lupa, kau masih punya Allah bersama..Waktu kau gembira, apa Allah tetap ada dalam fikiranmu ?Syukurilah apa saja rasa yang kau rasa..Bahasa puisi bukan sastera bak hikayat merong mahawangsa, hanya sekadar berbahasa untuk mengubah cara dalam penulisan di alam maya. 

Hari ni kau sihat, esok belum tentu kesihatanmu tetap di paras yang sama..Denyutan jantungmu pasti berubah kala kau terkejut nampak beruk atau hantu?okay lawak la sangat.. Apa yang perlu kau ingat, tubuhmu, semuanya milik Allah, jadi jagalah ia, syukurilah apa yang kau ada..andainya kau sedang menanggung derita sakit yang tiada sembuhnya, maka bersabarlah, Allah sebaik-baik penolong dan Allah Maha Penyembuh..

Hari ni kau berjalan megah seantero dunia, tapi ingatlah, duniamu, bumi yang sedang kau pijak ini berpusing, bulat seperti roda..jadi jangan lupa kata-kata semangat, what goes around comes around.. Kala kau berjalan tak pandang ke bawah, hidung terpacak menongkah langit, jangan lupa takut-takut esok kau pula terpaksa berjalan dipapah manusia.

Hari ni kau megah memandang dan bercerita buruk mengenai manusia lain, jangan lupa, satu jari yang menuding, lagi empat baikkk punya menghala ke arahmu.. Jadi jangan suka mengata yang buruk-buruk kepada orang, selidiklah dirimu dahulu sebaik-baiknya sebelum esok kau terpijak tahi sendiri.

Esok, lusa dan seterusnya belum tentu ada untukmu, maka syukurilah apa yang kau miliki pada hari ini.Cukuplah Allah untukmu, maka redhalah segala kesedihan,kekurangan yang  kau rasai. Hidup takkan sunyi dari masalah ataupun ujian. Allah pasti bersama orang-orang yang sabar.


Aqma.
12.25pm





aQma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...