Blogger Layouts

Tuesday, October 30, 2012

hadapi dengan senyuman



Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka di hati dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri..Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah..

Bila menangis tidak siapa yg tahu..Semuanya demi maruah diri..Walau siapapun kita,dimana kita berada,langit tetap dijunjung,tanah tetap dipijak, Selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan, Jangan sesekali kesal dgn nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk ALLAH yg sedang diuji oleh-NYA....

Apapun yang terjadi, hadapilah dengan senyuman.. =)










aQma

Monday, October 29, 2012

Jangan jadi macam mak jemah ~


Assalamualaikum semua!

Hari ni kita jadi mak-mak la sikit sebab nak berleter kat diri sendiri dan kawan2 yang suka minum 3 in 1 especially minum Nescafe! Nak tau tak, kalau nak tau , meh dekat, baca tulisan mak jemah ni satu persatu, no skip-skip naa. Mak jemah ni dulu penggemar nescafe, mulanya kisah dulu-dulu masa zaman belajar, asyikla mengantuk kan, jadi untuk solve problem, kita minum nescafe!wahhh segar terus mata, lebih energy pulak tu bila dah pekena, apa lagi beli yang 3 in 1, koyak je and tuang dalam secawan air panas, kacau2, minum!slurpppp air tu mengalir masuk dalam mulut seterusnya ke mana-mana dia suka!(sciences ni saya lemah sikit walaupun amik sains tulen haha)

Okei bila dah minum, mak jemah akan rasa nak membuang, lalu proses penyahtinjaan berlaku dengan mudah ye kawan2, sebab tu buang masa dan duit betol kalau beli makanan pagi2, sesudah je mak jemah makan sarapan pagi, pekena pulak nescafe,  terus mak jemah rasa nak membuang. Dah buang tu terus mak jemah feeling2 badan mak jemah ringan kahkahkah. (ok ni mengarut)

Okei setelah bertahun-tahun tak sedar diri, asyik sangat menikmati secawan nescafe setiap hari, this year, bulan 10, bermula la satu episod ngeri dalam hidup mak jemah, or  kita boleh panggil sebagai tragedi oktober..hehe..Tau tak mak jemah rasa sakit-sakit dalam perot pastu mak jemah pergi membuang, then keluar sesuatu but bukan darah ok...huwaaaaaaaaaa....malas nak cita la keluar apa.......(najis tu konpem la keluar haha)

Mak jemah pun pergi refer kawan-kawan and lastly memberanikan diri pergi jumpa doktor, ya Allah, takut wei.. doktor cakap bukan buasir, tapi radang dalam usus.  : (  

Doktor wanita : Awak ada minum kopi pra campur atau 3 in 1 ke?
Mak jemah : Hurm ada doktor, nescafe..
Doktor  : Awak ada sedara yang kena kanser usus atau sakit apa-apa dalam usus?
Mak jemah :  tak da la pulak doktor..
Doktor : Ok takpe, jangan bimbang. Make sure pasni tak ambik makanan pedas, masam-masam dan berminyak, minuman pun kena jaga..Nanti doktor bagi antibiotik, makan sampai habis ye, kalau jadi jugak, kita kena refer ke hospital dan kena masuk teropong la takut ada mucus dalam usus ke apa ke..
Mak jemah : *Angguk-angguk dengan muka cuak bila dengar hospital dan kisah teropongnya*

Bermula la episod dan detik dan waktu nya saya tidak lagi consume / ketagih /  minum air 3 in 1 or any coffee sebab saya dah takut jadi macam tu lagi, saya tau usus saya sakit ni sebab saya sendiri yang tak jaga kesihatan :(

Now saya dah tak sentuh nescafe, awal-awal berhenti dulu saya jadi pening kalau tak pekena, tapi Allah tahu niat hambaNya, sehari ja saya pening, esok tu dah tak minum pun takpa, ok jer!dan begini caranya Allah mentarbiyah saya agar saya lebih menghargai apa yang saya ada sekarang. Masa sakit ni baru kita tau, ya Allah betapa nikmatnya hidup sihat dan boleh makan macam-macam. Kalau sakit ni, nak makan pedas pun tak berani huhu. Kata nak sihat kan hehe..so mari jaga kesihatan dengan berpantang (hahaha dan sekarang kawan-kawan suka kutuk saya sebab dulu tak makan sayur tapi sekarang jadi penggemar sayur pulak)

Sedikit info ....

Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia.
 
Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi risikonya lebih tinggi jika anda berusia lima puluh tahun ke atas.
 
Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda:
  •  mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
  •  pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau kolitis Crohn) lebih daripada lapan tahun.
 Tanda-tanda kanser usus

Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:
  •  Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  •  Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau  najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  •  Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  • Sakit perut.
  • Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
  • Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.
So saya nak nasihat semua, jangan jadi macam mak jemah atas ni sebab nanti korang suffer sakit macam mak jemah baru korang nak rasa sedih..huhu...Sebelum tu nah iklan dari penaja...jaga pemakanan anda, hargailah kesihatan anda...cewah ahaha





aQma

Saturday, October 13, 2012

Mereka itu penghibur ~


Assalamualaikum!

Hai!Erm.. , selalu saya bagi salam, anda jawab tak?jeng jeng jeng hehe..Jawab tau, sama-sama kumpul pahala cewah hihi. 

Weekend kali ni dimanfaatkan sepenuhnya sebab dah lama tak keluarkan peloh, so marilah kita sama2 menjaga kesihatan ye kawan2..So pagi tadi, my kezen datang pick up me and my sister, kami berjoging la kat taman rimba tu...Memandangkan my kezen on diet untuk lagi slim melim gitu, kami semua joging pun betol2 la, dan saya pulak kalau tak da niat nak sihat, baik saya tido kat rumah lagi bagus  kan hehe..Seronoknya bila badan rasa ringan dan feeling atlit gituuu hehe!

Balik je rumah, saya berehatla kejap, tak lama pastu ada la adik sorang ni datang rumah saya senyap2 ja.


Ini budak namanya Arisa. Anak jiran saya. Sampai je rumah saya, memula duk diam ja tengok saya baring.Pastu dia boring, dia nampak pulak sesuatu atas meja.


Dia nampak buku resepi mak saya hehe. 

Arisa : Kakak, ni buku masak sape punye?
Saya : Ini buku acik. (acik tu my mom, ai ni dia panggil kakak ok) hahahaha...
Arisa : Wah sedapnya ayam...wah....
Saya : (dah nak tergelak sebab dia tengok makanan dalam buku pun dah terliur)

Saya saja nak test dia , so saya tanya dia bahan-bahan dalam buku tu dia kenal tak.Mostly dia tau bahan-bahan tu sebab dia kata dia kuat makan, semua dia makan, jadi dia kenal la ahahahha..Ala bukan bahan apapun saya tanya, just jenis sayur, daging jela kan hehe.

Saya cakap kat dia, arisa, kakak nak tdo kejap ,kakak letih la joging tadi. Dia cakap ok, tido la. So elok ja saya pejam mata, tup tup...



Dia dah meniarap sama pulak tepi saya haha. Alahai budak demok ni, dah la comel ja.. Masa ni lagi kelakar ok. 

Arisa : Kakak, arisa pandai buat kek kap (muka confident je)
Saya : Oh ye ke. Arisa belajar mana buat cup cake tu.
Arisa : Mama selalu buat, arisa pun buat la kek kap dengan mama.
Saya : Wah bagusnya arisa..
Arisa : Mestila, semua arisa pandai buat, kek kap tu senang je *sambil jeling mata*
Saya :(menangis dalam hati sebab budak lima tahun lagi terer ahhaha)

Kek kap pun kek kap la arisa. Saya dah tak boleh tido dah, budak debab ni buat saya celik terus haha.Macam-macam yang dia tanya, mana otak saya nak boleh rest kan . Dalam saya sibuk buat benda lain, dia pun sibuk baring sama ambil tempat saya baring tadi sambil tengok kartun. Pastu dia boring, dia pegi kacau adik saya pulak haha.



Dia tengah bodek nak main game lettew hehe.Apapun, rumah saya tak da kanak-kanak kan, so beginila jadinya bila ada budak2. Saya rasa terhibur juga sebab budak2 ni dia jujur, lagi satu dia selalu tanya soalan mencabar dan buat kita rasa nak menangis juga cari jawapan ahaha..







aQma

Saturday, October 6, 2012

Kenangan Abadi~


 Assalamualaikum !

Hai my reader (macam la banyak sangat reader haha )..Ehem ehem, Saya telah menggodek, (bukan menggedik) almari saya and saya jumpa segala yang sangat sweet , yang saya simpan lebih  10 tahun dah wei, semua tu sangat fun bagi saya bila dah buka and baca balik hihi.

Hai Mimi, u should see this, dulu awak nak jadi guru kan kan hehe. Actually  sebab tak tau nak buat apa, saya telah mengisi masa dengan membaca semula kad-kad ucapan / kad raya daripada kawan2. Semua tu sangat cool and saya sangat rindu nak back to zaman persekolahan!.Tau tak saya simpan lagi alamat kawan2 saya since habis SPM dulu, before semua berpisah, saya bagi la buku nota kecik ni untuk diorang buat apa yang patut, konon nanti dah nak cau, at least ada alamat kan, yala takut dah susah nak  jumpa heee...


Dulu-dulu ada telefon rumah ja kan.Mana ada handphone lagi masa tu hehe.


Ayat-ayat dalam kad ni buat saya sebak bila baca semula!Sayang Surul!~


Sweet 15 ok, really appreciate this one, saya sangat terharu sebab saya tak sangka sangat kad buatan tangan ni boleh sentuh hati saya huwaaaa....


Bila buka dalam, ada lirik lagu kumpulan new boys .Kawan saya ni nama dia faridah, dulu minat giler dengan New boyz, so dia letak lirik lagu la  konon2 buka kad ni ada bunyi muzik haha.Sekarang saya dah 26  tahun, kad ni berusia 11 tahun , pergh dah tua dah saya huhu.

This one pun sangat touching sob..sob..from Amirah..

Aqma  nama dalam ic,  nama chigusa ni sebab pengaruh drama jepun masa sekolah dulu.Kan femes kat tv dulu. So berkenan betol nama chigusa ni, padahal entah apa maksud dia pun tak tau haha. Sampaikan kawan saya pun letak kat kad yang dia bagi tu nama chigusa.Yang saya ingat si amirah nama jepun dia , dia duk guna chinatsu, yang ayu pulak yuko, eh mimi kalau baca entry ni tolong bagitau mimi punya nama jepun dulu2 apa hahah..


Saya sayang kawan2 saya dunia akhirat..Mereka sangat cool, kenangan dulu kekal abadi..Kalau boleh nak simpan sampai mati...


Sempat lagi sembang masa cikgu tengah mengajar

Siah : kira dak mate mod yang kita tak dapat tu, b III
Saya :semalam study kat na? (nampak sangat tak menjawab soalan ahha)
Siah : kat umah sal
Saya : ghamai dak?sapa lagi?
Siah : 5 orang ja, kami, sal, naemy, yan, bean...

Saya tulis yang ni bukan apa, sebab saya rindu la kat kawan baik saya yang selama 5 tahun duk sebelah saya masa dalam kelas huhu.

Ukhuwah fillah abadan abada..

Terima kasih untuk sahabat2 yang setia bersama ku sampai sekarang.





















aQma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...