Blogger Layouts

Monday, December 23, 2013

Untuk bakal imamku..




Ya Allah…
Jika dia baik untukku, baik untuk keluargaku..Jadikanlah dia imamku..

Ya Allah..
Jika dia yang mampu membahagiakanku dunia dan akhirat janganlah Engkau jauhkan dia dariku…

Ya Allah…
Jika dialah yang dapat membawa aku ke jalanMu, satukanlah hati kami sampai akhirat..

Ya Allah..
Jika aku adalah rusuk kirinya, jadikanlah aku pelengkap dirinya, pendamping paling setia, wanita yang dia cinta, isteri yang dia banggakan dan ibu terbaik untuk zuriat-zuriat kami.

Ya Allah..
HambaMu yang jahil ini meminta, ya Allah. Berikanlah dia kebahagiaan, kesihatan, kejayaan serta kasih sayangMu. Andai telah tertulis dia bukan untukku, kurniakanlah dia seseorang yang baik untuknya, dan bahagiakanlah mereka , ya Allah.

Ya Allah…
Aku tidak tahu sejak bila aku mencintainya. Juga bagaimana untuk berhenti menyayanginya. Telah aku cuba melupakan tapi bayangannya tetap ada. Hati ini tetap juga menyanjung dia.

Ya Allah..
Kerana kelemahan dan kekuranganku, aku serahkan semuanya padaMu. Jika mencintainya inilah, yang terbaik untukku, redhailah. Semoga cinta ini adalah keranaMu, ya Allah. Semoga cinta ini membawa aku dekat denganMu. Dan semoga cinta sesama insan ini menyedarkan aku untuk selalu mengisi hati ini dengan cinta terdalam padaMu dan kekasihMu.

Amin Ya Rabbal Alamin…





aQma

Thursday, November 7, 2013

MARI JADI BAIK ~



 Assalamualaikum.

Salam Maal Hijrah 1435 buat pembaca belogku.. Jom kita jadi baik jom.Kita sama-sama jadi baik boleh? Sebelum ni kalau kita suka lengah-lengah solat, cuba kali ni kita solat awal waktu. Kalau dulu kita jarang selak-selak quran, apa kata kita sama-sama try baca quran walau hanya 1 ayat 1 hari, bila dah try buat, nanti kita akan rasa nak baca dan baca lagi ayat seterusnya, dan lagi nak baca sampai la dah habis satu juzuk sapa tau kan.

Sebelum ni kalau kita asyik melatah ooh mak hang jatuh terbalik. opocot mak hang dan bla bla lagi mak, (sian sangat nama mak jugak yang naik hehe), kita ubah pula, ya Allah, astaghfirullah, allahuakbar, kan sedap sikit dengar. takdala doa bukan-bukan dengan sebut nama mak masa melatah!hehe.. Saya cakap camni sebab saya memang suka sebut macam tu kalau terkejut apa-apa.. Saya sayang mak saya, jadi saya takmau mak saya jatuh terbalik ke apa hehe

Kalau sebelum ni duduk sajasaja taktau nak buat apa, jom kita zikir jom. Contohnya kita zikir ya Aziz banyak-banyak, nanti rezki kita murah, datang tak disangka-sangka.. Kita baca dalam hati pun takpa. Cuba tau?Yakin dengan asmaulhusna, nama-nama Allah, banyak lagi fadhilat dengan baca zikir asmaulhusna. Percayala!
 
Saya belum cukup baik,belum betul-betul baik, tapi saya nak jadi orang baik. Benda ni nampak kecik tapi besar di mata Allah. Benda yang remeh tapi susah nak buat, kita kena pandang benda ni besar sebab kita ni bukan sapa-sapa pun, kebergantungan kita hanya pada Allah. Oleh itu, kita tak yah nak riak sangat kalau ada ilmu setinggi langit tapi kita tak amalkan pun benda-benda basic macam ni. Kita selalu rasa cukup dah, ok dah aku semayang suma, tapi kita lupa nak doa, minta solat kita diterima?kita pulak selalu doa ya Allah ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku.. tapi kita mungkin lupa nak minta Allah makbulkan doa-doa mak ayah kita. Pasni kita cuba buat tau.

Ewah ewah membebel macam ustazah pulak saya ni.. Dak dak bukan macam tu. Saya ni kategori orang yang bertatih mencari redha Ilahi. Bukan orang yang bijak pandai dalam bab agama ni, tapi saya nak belajar, rasa seronok lagi kalau suma pun pakat-pakat belajar. Kita sama-sama jadi baik jom!Apa yang saya tulis dalam entry kali ni adalah untuk remind diri saya jugak yang saya masih banyak kekurangan, amalan pun tak hebat mana, tapi biarlah kita buat yang kecil-kecil ni secara istiqamah dari langsung tak cuba buat, kan?

Jom jaga aurat kita jugak..hehe







aQma

Saturday, October 19, 2013

Aku wanita biasa



Aku wanita biasa,
Serba kekurangan, banyak kelemahan
Terimalah daku apa adanya
Jangan dipersoalkan kenapa dan mengapa
Sesungguhnya aku hanyalah wanita biasa

Aku wanita biasa
Tidaklah sesolehah kau dambakan
Tapi aku juga punya impian
Menjadi yang terbaik untuk sang Imam

Aku wanita biasa
Ada ketika aku tak mampu menahan rasa duka
Ada waktunya aku terpaksa mengalirkan air mata
Usahla beranggapan aku lemah
Tapi fahamilah, ini caranya aku memujuk hati ku yang satu

Aku wanita biasa
Aku punya hati, perasaan
Selayaknya dikasihi..difahami
Bukan dibiarkan sakit berhari-hari

 Aku wanita biasa



aQma
19 Okt 2013
11.50am

Sunday, September 29, 2013

Istikharah Cinta


 Assalamualaikum..

Bulan September dah nak melabuhkan tirainya. Oktober is coming. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Syukur kepada Allah. Saya sihat, saya happy seperti selalu dan saya double happy hehe. Ujian sikit-sikit dalam hidup tu biasalah tu. Nama pun manusia kan. Selagi boleh sabar, kita sabar k. 

Apasal ringkas sangat penulisan saya kali ni. Sekadar nak bagi ada entry agaknya. Saya nak bebel apa pun tak sure ni. Banyak idea sebenarnya dalam kepala ni, tapi terpaksa ku rahsiakan dulu huhu. Kita zip mulut dulu okay.

Suka dengar tak lagu istikharah cinta?



 kalau suka, kita give me five!sebab saya pun sukaaa..^_^

p/s : Kalau perlu buat pilihan atau keputusan dalam hidup, minta tolong pada Allah tau. InshaAllah nanti Allah tunjuk jalan.:)












aQma

Thursday, August 29, 2013

Apa yang dinamakan PENGALAMAN


 Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, dapat rasa nikmat Allah bagi..terima kasih ALLAH :)

Hai bulan OGOS ! Thanks for coming n giving me some wonderful experience..okei english tak power tak payah nak spiking bagai..

Hari Raya bulan 8..besday ayah bulan 8, besday mak bulan 8, dibedah n cuti panjang pun dalam bulan 8...

Ohooooo macam-macam rasa ada dalam bulan LAPAN ni..Rasa sedih dan rindu Ramadhan yang berakhir di bulan 8, taktau amalan macam mana..moga-moga diterima ALLAH.. 

Dalam bulan 8, satu pengalaman baru yang saya tak pernah terfikir pun nak rasa sendiri dan tak sangka pun nak berdepan dengan segala situasi dan perasaan ini. Tapi inilah kuasa Allah kan. Saya dan kita semua hanyalah hambaNya yang layak diuji.

Sebelum tu meh la nak cita sikit pengalaman yang saya rasa sebelum pengalaman dibedah.Penghujung Mei 2013, saya baru sedar ada ketulan dan pergi cek di private klinik , so doc memang diagnosed ada tumor yang sekecil 1.5cm x 1.7cm. Saya terkejut. Nangis tu tak payah cakap. Doc cakap yang solution dia memang kena surgery. Doc buat surat untuk kes saya direfer di Hospital. Takda ubat-ubat eh..Rasa fragile ok. Tapi since tumor tu bukan cancer, saya tetap positifkan diri. Kena jumpa doktor untuk sihat. Kena doa banyak-banyak kat Allah untuk sembuh. Yang paling penting kena redha dan tawakal. Allahurabbi..sesungguhnya laluan saya untuk berdepan segala ujian sakit sementara ni memang dipermudahkan Allah bila hati saya benar-benar redha. Ini sendiri saya rasa. Bayangkan permulaan nak pergi jumpa doktor pakar di hospital kat jab.pembedahan HSB, yang ni around bulan Jun, saya nekad nak pergi sendiri konon-konon direct dari opis. Tapi bila nak dekat waktu appointment tu, rasa menggeletar lutut. Terus sms jiran ajak teman. Sori terpaksa susahkan hang wei...Aku terharu hang ada dengan aku saat-saat aku tak mampu Ila. I luv u my fren. Bayangkanla hospital besar ni parking dia macam mana kan. Tambah-tambah waktu melawat patient dalam lunch time. Dah appoinment saya pukul 2.00 petang kan..Ku gagahi jua..So saya dengan jiran saya ni berserta anak beliau yang umur 2 tahun tawakal ja parking mana pun. Tapi elok masuk ja hospital, nahh parking memang sedia khas untuk kami haha. Betol-betol dekat dengan klinik pakar kat hospital tu. Ya Allah memang lega oo..sebab taktau klinik pakar tu kat mana. Masa jumpa doktor pakar, dia bagi saya option sama ada nak pantau dulu tumor tu atau operate. Saya jawab buang jela doc. Ya Allah tak tau mana datangnya kekuatan tu. Doc tanya, awak datang dengan sapa. Datang dengan kawan je doc.. Hurmm okei takpa doc kata.. Sian ehh.. So doc pun bagi option nak tarikh sebelum raya atau selepas raya. Last-last dia kata selepas raya.Mekasih wahai doc bagi saya makan puas-puas dulu haha.

Then date untuk admission ward serta buat minor operation adalah 25 Ogos 2013. Sebelum tu kena jumpa doc bius 20 Ogos 2013. So, saya ada dua bulan lagi sebelum dibedah. Maka saya pun tak pikir dah la pasal sakit saya tu. Buat bodo, jalani hidup macam biasa. Sebab saya tak rasa sakit pun. Cuma dia menumpang duk dalam badan. Hurm..Ujian Allah kan.

So pas raya, makan puas dah, melantak tak hengat, bagi saya start minggu 20hb tu memang minggu persediaan. Saya kena set mental, jiwa dan raga hehe. Saya punya nervous dah lain macam tapi saya anggap ni cabaran untuk saya. Tapi, 19hb Ogos 2013, dapat phone call dari hospital pulak . Depa minta saya buat operation 21 Ogos 2013. Alang-alang nak jumpa doc bius 20 Ogos 2013 untuk consultation, so esok tu proceed dengan operation.Allah..nak bagitau jawapan segera, lidah rasa kelu. Tanya mak, mak cakap ha takpa, buat ja 21hb nanti pun.

So, tarikh berubah, ya ini pun pertolongan dari Allah. Pasti ada hikmah operation tu diawalkan. Awal pagi operation tu, memang bangun awal, operation tu buat di hospital lama, so mesti kena ada dekat ward pukul 7.00 pagi.Sebelum tu, doc bius pesan suh puasa malam sebelum operate tu. Sampai-sampai ja kat ward, nurse amik details saya, pakaikan gelang nama (Kot?) ala macam masuk water theme park tu?hehe. Siap tunjuk katil saya yang mana. Ya Allah macam tak percaya kena duduk ward huhu..Elok ja saya baring kat katil ward tu, ada doc chinese pompuan datang. Lembutnya doc tu.Dia cek suma, dia cakap, kemungkinan after operation akan berlaku pendarahan atau jangkitan kuman. Saya jawab, hah doc?Sambil pegang tangan saya n senyum, doc tu cakap, kemungkinan ya?Saya time tu.......tawakal.......dah takda rasa apapun masa tu..Hanya mampu berdoa.....

Saya ingatkan turn saya awal, rupanya saya paling last...pukul 12.30tengahari baru masuk ot.. saya posa lebih 12jam..uwaaaa...saya lapaq gila..dahla asyik nak terkencing..Tekanan darah pun dua kali amik..pagi n tengahari..mai tengahari darah kui rendah..


 Muka taktau rasa apa..takut + lapaq = REDHA

Masa depa panggil untuk p bilik ot, mak n ayah pun ikut sekali, sambil depa usung saya atas strecher ka ha?taktau nak bagitau katil apa tu. Siap saya babai lagi kat mak ayah. Patutnya minta maaf la kan. haha. Punya la angin nek pala sebab lapaq.. Ha masuk dalam bilik ot tu, ingat nak kena operate dah, rupanya tunggu dulu kat bilik apa ntah.  Pastu dalam 15minit, doc perempuan datang dengan nurse, Dia cucuk kat tangan kiri, alhamdulillah tak sakit. Rasa cam kena gigit semut ja. Pastu datang pulak sorang doc laki..rupanya dia doc bius. Dia dengan doc tadi tolak katil saya masuk bilik untuk operation. Dah satu hal pulak kena pindah katil lagi sekali. Saya punya la laju gerak p katil sebelah, sampai dengar depa kata, amboi dik, lajunya gerak. haha senyum jala. Pastu baru saya perasan ramai gila dalam bilik tu.depa pakaikan saya oksigen, depa letak apa ntah kat badan saya macam wayar banyak-banyak tu. pastu suh saya sedut gas, hembus, sedut gas, hembus. Doc bius tadi yang ajar.Pastu ada orang amik bp, pastu ada orang cucuk ubat bius kat tempat drip tadi...Dan sesungguhnya pengalaman kena bius ni memang saya takkan lupa sampai bila-bila..

Tak lama selepas tu saya sedar, sedar-sedar pun rupanya saya dah ada kat bilik yang memula saya masuk yang kena hold sekejap tu. Dari lampu bulat-bulat yang banyak-banyak, sedar-sedar tengok lampu petak.. Pastu dengar orang panggil nama Maizatul, maizatul..cuba gagah buka mata, cuba gerakkan tangan kanan, alhmdulillah tangan saya boleh gerak n tak sakit!pastu saya rasa gatal kerongkong masa tu..saya batuk..tetiba doc bius datang..dia cakap awak ok ke? Saya tak jawab soklan dia, saya boleh p tanya sekarang pukul brapa doc?Doc cakap sekarang pukul 2, nanti pukul 4ptg, awak boleh balik ye...Pastu angguk..lena balik..yang ni dalam setengah jam kot lena, tetiba da nurse datang bawa saya balik ward semula.Masa kluar dari bilik ot tu, saya perasan mak saya sebab dengar sora dia..uwaaa mak tunggu kak rupanya..sayang mak!

Masa balik ward, saya punya la tak tau sakit, bangun sendiri sampai nurse mai tahan badan jangan bangun sendiri lagi. Bila dah atas katil ward, saya cuba bangun untuk duduk. Mak saya tanya, lapaq ka?saya kata haaa..Mak kata tunggu sat nak p cari nasi..Uwaa..mak adalah yang terbaik! Sementara tu saya sempat lagi update status kat fb (poyo gila rasa) sebab doc pesan kena rajin exercise tangan, so i pun boring, terus buka fb la hahaha.


Tempat yang dioperate, alhamdulillah tak sakit..Doc bagi mc seminggu. Ha puas hati..Tahun ni tak amik mc lagi..Bila mak bawa nasi, tak lalu nak makan pulak..makan sesuap..tak lalu............rupanya kerongkong saya bila berkumur keluar darah..huwaa..tapi saya tak bagitau doc pun..sebab takut satg tak leh discharge.. ni masa taip entry ni, dah hari ke-8, baru la berkumur dah takda darah lagi..mungkin kesan ubat bius yang disedut tu..


To those yang banyak support me...
  • Kawan-kawan yang tau pasal sakitku..terima kasih sebab bagi semangat dan mendoakan saya..*touching*
  • Naz, tenkiu sebab belanja kami sehari sebelum operate. Naz kata ni sebagai semangat untuk ma..*terharu*
  • Bos ku yang baik hati, terima kasih sebab banyak bagi ruang n peluang untuk saya sepanjang saya bercuti sakit *respect u*
  • Kawan-kawan pejabat..terima kasih sebab datang melawat kat rumah..siap bawa roti dan aiskrim lagi..yummeh
  • Jiranku..Ila, thanks sebab hang sangat sensitif n bau waktu bila aku operate..tengok2 esok tu hang dah mai umah..padahal aku tak bagitau pun perubahan tarikh operate tu..
  • Adik syu!terima kasih sebab doakan kak..*usangatcomeldik*
  • kakak yang baik denganku, i luv u!~ dia banyak tolong saya!
  • Chesen(rosnah abd rahman), thanks for ur visit..*taksangkaampamai*
To sepupu-sepupu ku..terima kasih suma!depa bukan tau pun saya sakit n kena operate, time raya punya la macam hantu makan tak hengat, tengok-tengok kena operate, memang depa serbu mai umah bila dapat tau..Allah..terharunyaaa........

Yang paling saya nak ucap terima kasih, untuk mak ayah.. Mak n ayah paling ada masa kak betul-betul perlukan sesuatu. Dari dulu..ya dari dulu................hanya Allah dapat balas segala jasa mak ayah....*nangis*

Abg saya, eric, terima kasih sebab belikan pati ikan haruan...Adikku pidot, mekasih sebab hang tolong risaukan aku..Dan untuk wani, thanks sebab tolong amik barang bila kak minta n tolong mak buat kerja umah ekeke..Nini?okei thanks juga sebab berletiaq kat saya suh saya kuat haha.Dia takda sepanjang saya mc.Kalau ada best nih bole pekena dia.


 Ya Allah, terima kasih untuk semua rasa yang aku rasa. Rasa sakit, rasa disayangi..Ya Allah, sembuhkanla sakitku, peliharalah orang-orang yang aku sayang..Aamiin...

 Okei ni entry paling panjang saya karang mungkin?

Nanti next entry saya bagitau pasal saya sakit apa ehhh ekeke..












aQma

Thursday, July 4, 2013

INILAH KEHIDUPAN


Assalamualaikum blog kesayangan..

Lamanya tak menaip sesuatu kat sini. Kalau nak list n bagitau daily routine, memang bukan saya la tu. Pemalas. Ada mood. Alahai, taip sikit backspace, taip sikit, delete..Aduhh nak mula tang mana nak abis kat mana la gamaknya ye. 

Macam-macaam yang jadi ni. Biasala tu, sebagai manusia, kita memang layak diuji. Saya rasa kalau hidup ni asyik seronok saja, mungkin nanti saya lalai n tak bersyukur pulak.. REDHA..SABAR..ALLAH ada dengan KITA..

Saya TENGAH DIUJI NI.. Tapi makan saya tetap cukup, tidur saya tetap lena, apa lagi yang saya NAK kan..gaji sikit tapi mampu lagi bawa mak n fmly naik kereta saya, mampu lagi makan sedap-sedap, beli yang tu yang ni, apa lagi yang saya nak?Ok kalau nak dibandingkan dengan orang yang keja n gajinya lagi hebat, mungkin saya akan selalu tak bersyukur. Saya akan selalu nak MARAH saja. HASAD sana sini. Ya Allah minta simpang malaikat 44. Oh ya kalau rasa boring baca blog gaya penulisan ala-ala ustazah ni, boleh skip trus ataupun klik pangkah /  close di bar atas belah kanan ok?hihi.. JANGAN MARAH please..:P

Kenapa saya cakap saya tengah diuji ni. Sebab Allah bagi saya sihat secara luaran kalau dilihat dengan mata kasar, tapi rupanya something goes wrong. Ecewah speaking pulak dah ustazah ni.. Tapi apa nak dikisah, Allah maha Penyembuh, Allah maha Penyayang. Rupanya Allah masih nampak saya, sebab tu dia bagi ujian sikit kat saya..sikit ja..tak banyak pun..

Nanti bila panjang umur saya update lagi pasal ni ok.. Anyway sekarang saya memang serabut ja rasa bila pikir bab kerja ni.. erm saya rasa everyone yang keja dengan orang pun share pendapat yang sama.. tapi ayat prof ni boleh influence kita punya minda. Percaya la!


 

 Ramadhan is coming.. ALHAMDULILLAH :)


 ok daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa




aQma

Monday, April 22, 2013

Aku sayang mereka




Ya Allah..
Andai aku tak cukup waktu untuk membahagiakan mak dan ayah..
Kau cukupkan lah mereka dengan kesenangan dunia dan akhirat..
Berkatilah umur mereka..Makbulkan doa-doa mereka..

Ya Allah..
Andai aku tak cukup waktu untuk berkongsi kenangan dengan abang dan adik-adikku,
Kau cukupkan lah mereka dengan kekuatan untuk menempuhi setiap liku hidup ini dengan kesabaran..
Berilah mereka kesempatan untuk berbakti terhadap mak dan ayah..dan terhadap orang yang Kau pilih untuk bersama mereka nanti...

Ya Allah..
Andai aku tak cukup waktu untuk bersama saudara maraku, bertanya khabar seperti selalu lagi..
Kau cukupkanlah mereka dengan kebaikan di dunia juga di akhirat...

Ya Allah..
Andai aku tak punya cukup waktu untuk bersama-sama sahabatku demi meneruskan perjuangan hidup ini..
Kau permudahkanlah segala urusan mereka..Lindungilah mereka ya Allah..
Tetapkan hati mereka dengan keyakinan terhadapMu...

Ya Allah..
Aku sayang mereka semua..,Mereka yang sentiasa ada dalam waktu susahku..Yang sentiasa ada waktu sepiku..Yang sentiasa mendoakan kebaikan buatku,,

:(



 aqma
22/4/2013
12.07pm










aQma

Sunday, April 21, 2013

Takziah dan Tahniah


20.04.2013

Assalamualaikum..

Untuk kawanku, watiliza, tahniah untuk wedding wati yang kami kira alhamdulillah berjalan lancar..inshaAllah moga mendapat berkat Ilahi..akhirnya tercapai segala yang wati impikan..



Dengan sekali lafaz, wati sah jadi isteri orang..Alhamdulillah..Masa ni rasa sebak pulak..eceh over kan..huhu..time ni juga dapat dua miskol dari mimi, memang tak perasan sebab dalam masjid kan, so silent hp..pastu mesej tanya mimi kenapa, mimi reply ayah siah dah meninggal..ya Allah rasa terkejut sangat.




Masa ni saya dah blank sebab saya dah janji nak bawa wati p butik pengantin dan teman wati kat majlis dia petang tu. Memang rasa macam2 pikir siah yang tengah pregnant..nak call siah masa ni memang tak berani lagi..lepas setel akad nilah, bawa jugak wati p tempat mekap..Masa kat butik tu, baru ada keberanian call siah..Dia nangis..ya Allah, aku pun sedih ya Allah..dia kawan baikku..peliharalah dia baik2 ya Allah..berilah dia kekuatan untuk hadapi sebuah kehilangan..setiap yang hidup pasti akan merasai mati..itu janjiMu..Saya minta siah maklum kat saya bila dia dah sampai Kedah..masa ni saya memang doa banyak2 minta Allah tolong saya...saya takmau blah camtu ja tinggal wati, dah tu susahkan orang lain, sebab dari awai lagi dia harap saya tolong dia.pastu saya teringat mak wati yang baik dengan saya...

Untuk siah pulak, saya harap sangat saya ada dengan dia masa dia tengah sedih ni..Memang Allah tu maha Mengetahui, urusan saya di rumah wati selesai jam 3.00 petang, wati pun nak photoshoot pa suma, selesai salam dengan family wati pa suma, saya terus p rumah mimi sebab kami janji nak p sama2..dan masa tu juga dapat mesej siah, dia dah sampai Kedah..Ya Allah terima kasih sebab tolong permudahkan urusan hamba..

Untuk mimi, terima kasih mi sebab selalu ada untuk kawan2..tolong bawa kami dengan kawan2 p majlis pengebumian arwah ayah siah..masa jumpa siah kat Masjid, dia tenang ja..siap boleh sembang macam biasa..bertuahnya saya ada kawan setenang dan setabah ni. Bayangkan orang tengah sarat pregnant hadapi kematian orang tersayang, sure emosi dia melayang kan..aishhh..memang dia sangat kuat..takziah siah..kami sayang ampa..kami tau ampa sayang ayah ampa..tapi siah, Allah lebih sayangkan arwah..orang baik2 ni selalu Allah ambik dulu..macam kita tengok bunga kat taman, mesti kita pilih yang cantik untuk kita petik dulu kan, ha macam tula ibaratnya permegian arwah ayah ampa..nanti kita pun akan menyusul juga siah..cuma masih dalam rahsiaNya..

Sabar na siah..



















aQma

Saturday, April 6, 2013

Berbekas Di Hati




Hati ini..
Bukan untuk disakiti

Hati ini..
Bukan untuk di kasari..

Hati ini..
Bukan untuk dikhianati..

****
Sepatutnya tabahkan hati,,tenangkan hati..tapi itula hati..
Lembutnya hati, kerasnya hati..sebab kita manusia..
Ya memang sebab kita manusia..
Tawarnya hati ...sedihnya rasa hati..

Terima kasih untuk yang telah menyakitkan hati ......................
Hati hati dengan Hati........





aQma

Sunday, March 17, 2013

Weekend Saya



 Assalamualaikum..

Weekend saya, banyak habiskan masa buat benda kat bawah ni..Create huruf, gunting-gunting, gam, jahit n jahit..Seronok sangat bagi yang single macam i ni. Rasa macam eh kejapnya masa berlalu...hehehe..ok memang ayat poyo...




Thanks untuk kawan-kawan yang order.. sekarang banyak buat untuk kawan-kawan adikku wani..memang mencabar jugakla sebab i bukan pandai sangat jahit-jahit ni kuikui...Oh by the way, jumaat baru ni, wani dengan kawan-kawan dia minta saya hantar depa p pekan sebab nak cari kain alas meja untuk kelas depa..Mak saya dah bising-bising suruh saya ikut depa sekali, jangan main hantar ja..sebab budak baru nak naik kan.. satg entah p dating kat mana-mana..betoiiii tu mak..kakak depa pun tak buat macam tu dulu..haha haktuihh...

Mula-mulanya si nini tu ikut sekali, ok i thought i ada kawan..sekali dia berjanji dengan kawan dia pulak jumpa kat luaq, makanya i terpaksa follow budak2 ni jalan ronda CP...ampa tau dak CP tu apa?City plaza okeh..alahai dik,  akak ni ari2 p CP..sampai cemuih la..Tapi nak buat macamna dah mak suruh jangan tinggal depa..Okehh...ikut sajala saya ni..Rasa macam sama baya dengan depa dah.. Sat-sat nak p makan, sat-sat nak p cari kedai KPOP, yang ni memang akak failed adik oi...mana la saya tau kedai KPOP kat CP ni kat floor mana haha..akak layan kedai first lady n popular ja dik oi..haha

Budak-budak sekarang memang banyak duit kan..Akak yang keja ni pun tak mampu nak rembat barang yang ampa beli..Perfume rega RM22.00 pun akak pikiaq seploh kali nak beli ka tak, tapi ampa main rembat ja..memang hebat budak-budak la..

Terlupa nak amik pic dengan depa, kalau tak boleh ampa masuk blog akak hehe.. Bila dah have fun dengan budak-budak ni, balik ja rumah, sepupu saya pulak ajak teman dia makan kuetiau iman.. Oh weekend ku yang fully booking..cehh perasan sungguh noh huhu..

Begitulah rutin weekend ku..Allah tak biarkan kita bersendirian.. Kita yang pilih nak macamana..Sama ada nak bersedih atau nak cari kebahagiaan bersama dengan orang yang kita sayang.. Hargailah mereka selagi mereka masih bersama kita..

Lastly, my weekend baru ni kena dengaq ayat power dari mak saya ...hang tu dah nak 27 dah, bila lagi nak kawen.. perghh menikam kalbu betol..Awat kawen tu boleh sorang-sorang ka mak oii..sabaq la sat, hahaha..














aQma

Sunday, March 3, 2013

Bukan itu ku mahu



Assalamualaikum..

Jumaat lepas, 1/3/13, satu kejadian yang tak pernah ku jangka akan berlaku. Bergerak ke nat dengan mak dan adik-adik sangatlah fun, seronok sebab nak p tengok apa yang ada. Nat yang ku jejak tu baru pertama kali ku singgah.

Ramai. Ya memang ramai. Panas. Memang sangat panas.  Langkah ku atur dengan kemas. Panjang betol nat di situ. Oh ya kalau tak tau apa itu nat, mostly dikenali sebagai pasar tani. hihi.

Sepanjang berjalan, terasa dahaga tapi daku buat tak tahu saja. Bila dah sejam berjalan, tiba-tiba. Mak, kak rasa nak pitam la.

Haish jangan duk buat main2. Ibuku rasa daku main-main? Ku cuba gagahkan diri berjalan mencari air untuk membasahi tekak. Tiba-tiba aku merintih, mak tolong pegang tangan kak, rasa melelong dah ni..

Tupppppppp bunyi beg plastik. Sayur-sayur mak telah ku bagi jatuh, anak mak ni pulak sikit lagi nak sembah bumi, cium jalan.

Ya Allah pasaipa ni....Yang ku dengar masa itu, kak dengan abang mana ntah cuba tolong, bawa daku ke van depa meniaga.

Depa kipas daku, bagi daku ruang, sambil sapu minyak di belakang leher. Mata masih terasa kelam. Pandanganku kabur. Hanya suara-suara orang yang kedengaran.

Masa tu terasa lemah. Ditambah pulak daku muntah. Ya muntah sangat-sangat. Selepas beberapa ketika, baru ku sedar kehadiran adik-adik yang masa kejadiannya kami berpecah. Mak kelihatan risau nanti daku nak bawa kereta macamana dengan keadaan macam tu. Sempatku jawab, takpa kak dah okey sikit.

Ku cuba melangkah semula, satu ucapan terima kasih sempatku beri buat si pemilik gerai buah yang menumpangkan aku. Baru lima langkah, aku melelong semula. Akhirnya kami tunggu ayah dan adik lelaki ku untuk mengambil kami sebab drebar yang bawa p nat tu pitam pulak dah....

 Apakah sebabnya pitam ni selain perot kosong atau berjalan di tengah panas?atau sebab tekan darah rendah?






aQma

Monday, February 25, 2013

Sabarlah tika diuji..



Assalamualaikum.

Sekian lama ku tinggalkan blog ni. Hidupku sama macam orang lain. Tiada yang berubah. Cuma kebelakangan ini, opismate ku ramai kehilangan orang tersayang. Ya, takdir Allah mengatasi segala-galanya. Semua yang kita punya, adalah milik Allah.

Sahabatku , Nurul baru kehilangan ibu mertuanya. Syaufiq, anak manja dalam keluarga, kehilangan ayahanda tercinta.. Makmah @ kakmah, baru saja kehilangan anak lelaki tunggal.. Semuanya dalam bulan Februari.. Takziah untuk mereka sekeluarga.. Memang sukar, pahit untuk ditelan tapi semua ni sudah ketentuan..

 Al fatihah.










aQma

Wednesday, February 6, 2013

Kenapa dan mengapa..



Kenapa aku tak kaya macam dia?
Kenapa aku tak cantik macam dia?
Kenapa aku tak pandai macam dia?
Kenapa aku kena tinggal ni?apa kurangnya aku, apa lebihnya dia..ok stop complaining, hak tuihhh untuk ayat kenapa kau kena tinggal n bla bla bla tadi tu.

Lebih baik ubah persoalan yang bangang tu jadi macam ni, mengapa dia lebih tahu banyak ilmu agama berbanding aku?mengapa dia solat lama sangat, baca surah apalah agaknya ye? Mengapa dia rajin sangat tolong orang ni...

M.E.N.G.A.P.A = Mengambil apa yang baik

K.E.N.A.P.A = Kena patuh apa yang Allah dah bagi

Ok paham tak konsep kenapa?kenapa tu kena patuhla dah Allah bagi macam tu, apasal engkau nak complain macam-macam.Bersyukur okay...

Mengapa pulak? hurm kau kena ambil benda yang baik-baik sebagai teladan sebab dari situ kau akan belajar menerima sesuatu dengan rendah hati, rendah diri pada perkara yang patut bagi mengelakkan kau rasa ujub diri, riak takbur dan sebagainya.

Okay sekian saja dari ustajahkema..hihi






aQma

Kau..


 Assalamualaikum..

Hari ni kau gembira, esok belum tentu lagi momentum gembira kekal sama..Hari ni kau bersedih, tetaplah jangan lupa, kau masih punya Allah bersama..Waktu kau gembira, apa Allah tetap ada dalam fikiranmu ?Syukurilah apa saja rasa yang kau rasa..Bahasa puisi bukan sastera bak hikayat merong mahawangsa, hanya sekadar berbahasa untuk mengubah cara dalam penulisan di alam maya. 

Hari ni kau sihat, esok belum tentu kesihatanmu tetap di paras yang sama..Denyutan jantungmu pasti berubah kala kau terkejut nampak beruk atau hantu?okay lawak la sangat.. Apa yang perlu kau ingat, tubuhmu, semuanya milik Allah, jadi jagalah ia, syukurilah apa yang kau ada..andainya kau sedang menanggung derita sakit yang tiada sembuhnya, maka bersabarlah, Allah sebaik-baik penolong dan Allah Maha Penyembuh..

Hari ni kau berjalan megah seantero dunia, tapi ingatlah, duniamu, bumi yang sedang kau pijak ini berpusing, bulat seperti roda..jadi jangan lupa kata-kata semangat, what goes around comes around.. Kala kau berjalan tak pandang ke bawah, hidung terpacak menongkah langit, jangan lupa takut-takut esok kau pula terpaksa berjalan dipapah manusia.

Hari ni kau megah memandang dan bercerita buruk mengenai manusia lain, jangan lupa, satu jari yang menuding, lagi empat baikkk punya menghala ke arahmu.. Jadi jangan suka mengata yang buruk-buruk kepada orang, selidiklah dirimu dahulu sebaik-baiknya sebelum esok kau terpijak tahi sendiri.

Esok, lusa dan seterusnya belum tentu ada untukmu, maka syukurilah apa yang kau miliki pada hari ini.Cukuplah Allah untukmu, maka redhalah segala kesedihan,kekurangan yang  kau rasai. Hidup takkan sunyi dari masalah ataupun ujian. Allah pasti bersama orang-orang yang sabar.


Aqma.
12.25pm





aQma

Sunday, January 13, 2013

Tak best tau dak



Assalamualaikum..

Tajuk entry macam marah sangat. Tak. Bukan marah . Tapi nak berletiaq sikit-sikit ja dalam belog sendiri. 

Statement yang acapkali didengar.

1. Eh kakak, dah besaq nooo...Sekolah lagi ka?
2. Laaa besaq dah anak kaknah yang ni, sekolah tingkatan berapa?
3. Ooo cuti sem ka la ni..bila nak habis mengaji?

Statement macam di atas ni bukan satu lagi benda yang best nak dengar buat masa sekarang . Saya dah lama tinggal sekolah wahai tuan / puan yang dihormati lagi dikagumi..10 tahun sudah saya tinggalkan sekolah. Ya memang saya boleh terima kalau masa saya umur 21-25, orang cakap macam tu kat saya. Okey, memang seronok habis la masa tu bila dengar. Lagi rasa seronok kalau time tu Nini ada sekali. Pergh rasa macam muda sungguh. Hihi. Kalau Nini ada, then dia dengar tapi dia akan buat pekak macam tak da perasaan. Jeles la tu.

Pernah sekali masa tu dalam ambulans, kes teman pidot yang duk sakit time tu, brader ambulans tu tanya, ni sapa?abang adik ka?Saya terkedu. Eh dak dak..Ni adik laki saya. Aku adik kepada pidot?Pidot abang aku?ohmaigod tua nya ang pidot ahhaha.

Tak lama lagi saya akan menjejaki usia 27 tahun wahai sedara-sedara jauh ku, teman-teman mak ayah ku..

Jadi ibu-ibu bapak-bapak, siapa yang punya anak bilang aku..aku yang sedang malu..sama teman-temanku..kerna cuma diriku...ok sambung sendiri lagu Cari Jodoh by Wali band.

Macam mana saya nak kawen kalau semua orang yang saya jarang atau tak pernah jumpa tapi bila kenal macam kalau pergi kenduri, pergi rumah sapa-sapa,akan tanya adik ni sekolah lagi ka?alahai.. hancus hati den..muda sangat ka aku ni ka muka macam budak-budak ka?hoiiiiiiiiii stress la. Tapi adakalanya bagus jugak daripada orang asyik tanya bila nak kawen?bila nak kawen?hehe.

sekian dari kakak yang nak mencecah umoq 27 tahun.

aQma

Thursday, January 10, 2013

Terapi terbaik ~


 Assalamualaikum!

Hai my blog reader. I'm on leave today..tapi cuti yang stay kat rumah je.. simpati tak?takda vacation, short or long vacation bagai sebab saya hanya duduk rumah tapi saya rasa heaven saaaaangaaaaaat bila dapat rest otak tanpa ada gangguan . Huahahaha (gelak jahat). Okay hari ni saya cuti sebab nak menghabiskan annual leave tahun lepas yang ada.

Cuti saya ni memang saya tunggu time saja nak betol-btol cuti, hurm rasa macam ayat serupa orang tunggu time nak bersalin pulak ye hehe..Ops bukan, tunggu time yang sesuai nak cuti sebab saya takkan puas hati kalau ada benda yang tak siap di opis nuuu.. Memang saya cenggini pun, suka memikiaq kalau sesuatu benda tu datang dari saya tapi saya tak berjaya menyempurnakannya. Cewah bajet buat kerja sempurna la sangat kan..Bukan macam tu. Saya harap saya tak menyusahkan sapa-sapa la if saya tengah bercuti.Thats all guys!

Terapi terbaik kala bercuti dan stay di rumah adalah memasak. ikut mood dan selalunya kadangkala saja memasak hahaha Okay memang memasak ni kalau tak pandai mana pun kena cuba juga dan perlu yakin diri. Pastu perlu kreatif. Semua orang pandai masak, dan takda istilah tak tau masak tapi kalau pemalas masak, ha yang tu memang ada istilah pun dan selalu guna ayat ish taktau masak la, sebenarnya kita pemalas huhu. Okei bab pemalas masak tu memang saya paham sangatla sebab saya pun pemalas. hehe. Kalau kita tak pandai masak kita boleh belajar kan..okei dah banyak mengarut. Masak sekali sekala pun dah nak membebel saya ni huahaha.Bukan camtu point saya, sebenarnya nak bagi semangat supaya lebih rajin memasak. Ok positive thinking =)

Ok here presenting uols...



Walaupun simple iaitu hanya ayam masak merah dan telor dadar yang serabut tapi yang penting kita boleh melakukannya sampai abis dan jangan malas. Hahaha poyo gila.Hurm kalau weekend selalu ada masterchef di rumah dan selalunya saya  hanya jadi juri *ni ayat orang pemalas masak* . Ok daa!Nak pegi relaks ni...weehuuuu




aQma

Wednesday, January 9, 2013

VACATION please!



Assalamualaikum.

Entah kenapa rasa nak sangat pergi vacation kat mana-mana. Hujung tahun lepas memang teringin sangat nak pergi bercuti dan relaks kat mana-mana. Tapi tinggal angan-angan sajalah. Saya rasa letih sangat few weeks ni.Mungkin saya terlalu fokus untuk sesuatu benda sampai saya tak sempat bagi minda , hati saya relaks sekejap dari KERJA! Saya nak cuti, tapi ada orang lain lagi yang cuti. Jadi ku pendam saja hasrat nak bercuti. Mungkin tak parah mana agaknya kalau saya tak cuti pun. Tapi ketahuilah jiwa saya memberontak dan saya perlu sesuatu untuk saya lebih bersemangat semula untuk bekerja! Saya tak boleh kalau bercuti dan hanya stay kat rumah, sebab saya rasa tak da gunanya aku bercuti, makin serabut adalah, jadi saya ambil keputusan okei, baik p kerja. Tapi rupanya decision n tindakan saya tak selari dengan jiwa saya.Masih rasa kosong di situ.Saya takda self rewards untuk diri sendiri. Hanya tau, hari-hari kerja, kerja dan kerja. Bukan merungut tapi saya perlu pause sekejap dari semua ni, kerja yang sampai bila-bila pun takkan selesai.Seronok sebenarnya kerja kat situ tambah-tambah bila kerja tu ikut progress dan tak banyak sangat leader and ideas and order!opssssssss...stop complaining yaaaa...ok ziip mulut ni.. then sebab dah zip mulut jadi kena stop writing pasal tu jugakla sebab dah rasa serabut tiba-tiba.. bole pulak stop entry macam ni ye?Takpa boleh ja sebab ni blog saya..hehe..

Vacation, yeah i need u :(









aQma

Tuesday, January 8, 2013

Kita Yang Pilih ~




Meh speaking sikit...














aQma

Saturday, January 5, 2013

Jangan Lupa Bersyukur



Hidup ini singkat, cuma persinggahan.Kalau dapat sebarang pemberian, pujian, atau walau hanya sebaris kata-kata perangsang, atau orang masuk meminang, opss terover pulak ye, silalah bersyukur. Bukan susah, cuma ucap Alhamdulillah. 

Hari ini..

Dapat tengok muka mak ayah, adik beradik..teman-teman..
Dapat dengar suara orang..
Dapat bercakap dengan orang..
Dapat berjalan..dapat berlari..
Dapat solat secara berdiri..
Dan lain-lain lagi..
Jangan lupa ucap..

ALHAMDULILLAH


 Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

 :: Surah An-Nisaa' Ayat 147


aQma

Tuesday, January 1, 2013

WELCOME 2013~


 Assalamualaikum..

 Bye bye 2012, WELCOME 2013.

Terima kasih 2012 kerana "aku" bisa melaluinya walau payah walau getir. Hendak melangkah terasa nak rebah, tapi "aku" tetap cuba! 2012 antara tahun yang buat "aku" makin kenal siapa diriku, bukan maksudnya "aku" tak sedar siapa diriku sebenar selama ni, tapi kenangan yang ada sepanjang 2012 banyak mengajar "aku" erti ketabahan, kesabaran, penghargaan dan rasa bersyukur dengan apa yang telah dimiliki.Belajar melupakan, belajar menerima kenyataan, paling penting belajar menerima qada dan qadar yang Allah tetapkan. Siapalah "aku" untuk melawan apa yang tertulis,menidakkan kebenaran bahawa segala yang "aku" pernah miliki sebelum ini hanyalah sementara,bukan milikku selamanya. "Aku" bangkit dari kegagalan, "aku" cuba tidak meletakkan harapan atau bergantung pada insan bergelar manusia, pengharapan ku hanyalah pada Allah swt!Masih terngiang-ngiang di telinga, pesan ibuku masa awal tahun 2012, lupakan saja insan tersebut, fokus pada kerjaya..Ya, pesan ibu tu mungkin antara salah satu ilham dari Allah bahawa perjalanan hidup ni bukan terhenti apabila kita gagal dalam bercinta!So, 2012 antara tahun yang membuatkan diriku belajar supaya lebih berdikari. Dan terima kasih 2012 untuk segala kenangan yang ada, semuanya manis belaka apabila "aku" hanya bergantung pada Allah swt, jadi yang baik-baik itu kan datang dari Allah =)

Fuh, intro untuk entry 2013 bahasa sastera pulak ya..marilah kembali kepada bahasa diri "saya" supaya lebih dekat dengan pembaca..hahahaha..Apa azam tahun baru?mungkin yang tak tercapai di tahun lepas, jadi marilah lanjutkan untuk 2013 pula..2013 usia makin bertambah, jadi bagaimana pula dengan amalan?fuhhh..harap makin lebih baik dari sebelum ni sebab masih banyak kekurangan yang saya perlu perbaiki..

Saya adaaaaaaa banyaaaaaaak bendaaaaaa nak capaaaaaai terutamaaaaaa nak bagi mak ayah saya berbangga dengan saya dan saya nak buktikan yang saya boleh!.Umpama slogan, Anda Mampu Mengubahnya!hahaha..Saya merancang, Allah juga merancang, dan saya kena berusaha lebih kuat lagi, caiyok caiyok aQma!

 Moga 2013 adalah lebih baik lagi..Aamiin =)





Adik di sebelah kanan, kakak di sebelah kiri, adik lahir 27 April, kakak 28 April, jadi kakak sentiasa nampak muda macam adik walaupun beza umur 14 tahun ahahahhahaha.,Eh eh sentiasa awet muda tu pun antara azam jugak tu hehe...


 k daaaaaaaaaaaaaaaaa




aQma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...