Blogger Layouts

Friday, July 6, 2012

Ujian Demi Ujian


Assalamualaikum wbt.

Ujian demi ujian?ayoyo..ambik exam ker?hihi..Memang takla.Saya ni bukan student hokei.By the way Alhamdulillah masih lagi dapat menaip sebaris dua kata kat blog sendiri.Walaupun mungkin takda pembaca hahaha.Apa saya nak kisah, ni diari hdup saya.=)

Tanggal 17 Jun 2012 (mak ai, macam baca blog sejarah)!hehe.Bersempena Israk Mikraj dan cuti umum, pagi yang hening tu ibu kesayangan saya dapat call dari hospital sultanah bahiyah.

Hospital : Puan Maznah kena masuk wad harini jugak blabla
Mak : ya ya..baik..baik..(muka pucat)

Rupa-rupanya mak kena operate lebih awal dari jangkaan.Sepatutnya 19 Julai macam tu baru operate.Tapi pihak Hospital minta mak datang hari tu juga dan hari besoknya terus nak operate..Memang seram sejuk jugak bila semua berlaku secara tiba-tiba..Kebetolan pula 18 Jun 2012 saya ada interview.Ya Allah memang rasa blank ja.Malam tu tido wad teman mak.Pagi2 subuh tu balik rumah dan bersiap untuk ke tempat interview pula.Masa salam cium tangan mak tu rasa sayu giler.

18 Jun 2012
Pukul 8.10 pagi saya dah kat tempat interview.Buat macam biasa ,muka senyum2 siap boleh dapat kawan baru bertukar no.tel dan nickname fesbuk lagi.Tapi dalam hati ni risau mak aku sekejap lagi dah nak masuk dewan bedah.Memang rasa nak lari balik juga bila tunggu turn lama sangat.Dalam pukul 12.45 macam tu saya dapat sms dari ayah, dia bagitau mak dah masuk dewan bedah.Memang nak nangis ja tapi hati kena kuat.Tak lama pastu saya pun dipanggil masuk untuk interviu.Memang tawakal ja!

Lepas habis interviu,saya pecut terus ke hospital.Rasa macam apa yang sukar time tu memang jadi mudah.Saya teringat adik seorang ni selalu pesan,kakma jangan lupa baca doa Rabbi Yassir Wala Tuassir-doa permudahkan segala urusan.Alhamdulillah Allah Maha Penyayang, Mak saya selamat dibedah.Masa tengok mak pas keluar dari dewan bdah, memang sedih sangat2. Mak sakit bila ubat bius habis.Masa tu apa yang saya lalui memang tak dapat digambarkan dengan kata2.Hanya sabar dan doa dapat jadi penawar kepada segala2nya.

Malam tu brsama2 adik saya Nini , kami teman mak.Sepatutnya  hanya satu orang saja untuk satu pesakit, tapi memang Allah bantu kami la.Walaupun makcik guard asyik ulang alik melawat kawasan, tapi dia tak nampak adik saya hahaha.Kalau tak, habisla salah sorang kena balik tengah2 malam buta akibat dihalau makcikguard hihi..

Special thanks dedicated to all of my family (sanak saudara, rakan taulan, opismate) yang sama2 mendoakan untuk mak saya, datang melawat pun ada..Thanks so much!

Apa jua yang terjadi, terlalu besar hikmahnya.Alhamdulillah..Terima Kasih ya Allah..Terima kasih kerana memberi peluang untuk aku berbakti kepada ibu dan bapa ku walaupun aku tak mampu beri wang ringgit,, harta yang banyak, tapi sekurang2nya aku dapat jaga mak aku,bersama2 beliau dengan memberi kata2 semangat, meminjam kekuatan buatnya apabila dia lemah dan tak berdaya.Ya Allah apa yang berlaku dalam hidupku mungkin tidaklah seberat mana tapi aku yakin dengan kekuasaanMu ya Allah..Kerana aku masih mampu tersenyum di hadapan orang walaupun aku sendiri tak berdaya..

Masa taip ni jadi sebak pula teringat kejadian menimpa adik lelaki saya. Tarikh 3 Julai 2012 yang lalu...Masa tu saya di pejabat, tiba2 dapat panggilan dari jiran, Wei, Cepat balik, adik hang jadi tak leh bernyawa.MasyaAllah, saya masa tu memang tau masalah yang dia ada, tapi tak sangka sampai macam ni sekali yang jadi kat adik saya.Saya telefon mak, memang betol adik saya jadi macam tu, terus saya capai beg, keluar dari pejabat..My bos yang saya anggap macam kakak sendiri sempat pesan,jangan bawa keta kalut2..

Saya memang pecut ja, terpikir bukan2 dah jadi kat adik saya, tapi sempat lagi berdoa harap2 suma selamat.Masa sampai2 ja rumah, penuh dah jiran2.Saya panik ya Rabbi.Saya takut apa yang saya terpikir berlaku.Masa jalan nak masuk rumah tu longlai gila langkah.Tapi bila dekat, saya nampak adik saya dikelilingi makcik2, masa tu saya tengok adik saya sukar bernafas, ada yang suruh mengucap, ada yang nak menangis sekali.

Makcik2 tu tanya mana mak, mana mak, saya pndang abang saya, dia tu lagi panik, saya sound depan tu juga, mak kata balik dengan hang.Saya jerit suruh abang saya bawa adik saya p hospital cepat.Tapi ada yang bersuara, depa panggil ambulans dah tapi ambulans tak sampai lagi.Tak lama pastu ambulan sampai, saya ikut adik saya naik ambulans, abang saya follow belakang dengan kereta .Masa dalam ambulan tu, depa pakaikan oksigen untuk adik saya.Baru dia okei.Alhamdulillah semua selamat.Mak n ayah p hospital terus.Mak saya memang bergenang air mata dia tapi dia tengok saya tak nangis, dia tahan juga air mata tu..Alhmdulillah dia boleh balik hari tu juga.

Alhamdulillah ada jiran2 yang baik hati, yang banyak membantu.Rupanya adik saya yang pagi tu sama2 keluar nak p kerja, start enjin kereta sama2 tak jadi p sebab dia pening dan masa dia sesak nafas tu, dia call mak bagitau and mak bagitau jiran..Jiran saya yang p tengok adik saya .Pintu berkunci dan adik saya merangkak2 p buka pintu, patutla saya sampai rumah, tengok adik saya terbaring betol2 depan pintu.Masa tu mungkin rasa saat kematian terlalu hampir, ya Allah terima kasih krana melindungi orang2 yang aku kasihi..SubhanaAllah....


DAN ALLAH MAHA ADIL DAN MAHA PENYAYANG, UJIAN2 YANG DIBERINYA ADALAH MENGIKUT KEMAMPUAN MASING-MASING INSYAALLAH. 


“ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA. IA MENDAPAT PAHALA (DARI KEBAJIKAN) YANG DIUSAHAKANNYA DAN IA MENDAPAT SIKSA (DARI KEJAHATAN) YANG DIKERJAKANNYA. (MEREKA BERDO′A): “YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU HUKUM KAMI JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI TERSALAH. YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBAN YANG BERAT SEBAGAIMANA ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG SEBELUM KAMI. YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG TAK SANGGUP KAMI MEMIKULNYA. BERI MA′AFLAH KAMI; AMPUNILAH KAMI; DAN RAHMATILAH KAMI. ENGKAULAH PENOLONG KAMI, MAKA TOLONGLAH KAMI TERHADAP KAUM YANG KAFIR.” – SURAH ALBAQARAH : AYAT 286





aQma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...