Blogger Layouts

Monday, October 29, 2012

Jangan jadi macam mak jemah ~


Assalamualaikum semua!

Hari ni kita jadi mak-mak la sikit sebab nak berleter kat diri sendiri dan kawan2 yang suka minum 3 in 1 especially minum Nescafe! Nak tau tak, kalau nak tau , meh dekat, baca tulisan mak jemah ni satu persatu, no skip-skip naa. Mak jemah ni dulu penggemar nescafe, mulanya kisah dulu-dulu masa zaman belajar, asyikla mengantuk kan, jadi untuk solve problem, kita minum nescafe!wahhh segar terus mata, lebih energy pulak tu bila dah pekena, apa lagi beli yang 3 in 1, koyak je and tuang dalam secawan air panas, kacau2, minum!slurpppp air tu mengalir masuk dalam mulut seterusnya ke mana-mana dia suka!(sciences ni saya lemah sikit walaupun amik sains tulen haha)

Okei bila dah minum, mak jemah akan rasa nak membuang, lalu proses penyahtinjaan berlaku dengan mudah ye kawan2, sebab tu buang masa dan duit betol kalau beli makanan pagi2, sesudah je mak jemah makan sarapan pagi, pekena pulak nescafe,  terus mak jemah rasa nak membuang. Dah buang tu terus mak jemah feeling2 badan mak jemah ringan kahkahkah. (ok ni mengarut)

Okei setelah bertahun-tahun tak sedar diri, asyik sangat menikmati secawan nescafe setiap hari, this year, bulan 10, bermula la satu episod ngeri dalam hidup mak jemah, or  kita boleh panggil sebagai tragedi oktober..hehe..Tau tak mak jemah rasa sakit-sakit dalam perot pastu mak jemah pergi membuang, then keluar sesuatu but bukan darah ok...huwaaaaaaaaaa....malas nak cita la keluar apa.......(najis tu konpem la keluar haha)

Mak jemah pun pergi refer kawan-kawan and lastly memberanikan diri pergi jumpa doktor, ya Allah, takut wei.. doktor cakap bukan buasir, tapi radang dalam usus.  : (  

Doktor wanita : Awak ada minum kopi pra campur atau 3 in 1 ke?
Mak jemah : Hurm ada doktor, nescafe..
Doktor  : Awak ada sedara yang kena kanser usus atau sakit apa-apa dalam usus?
Mak jemah :  tak da la pulak doktor..
Doktor : Ok takpe, jangan bimbang. Make sure pasni tak ambik makanan pedas, masam-masam dan berminyak, minuman pun kena jaga..Nanti doktor bagi antibiotik, makan sampai habis ye, kalau jadi jugak, kita kena refer ke hospital dan kena masuk teropong la takut ada mucus dalam usus ke apa ke..
Mak jemah : *Angguk-angguk dengan muka cuak bila dengar hospital dan kisah teropongnya*

Bermula la episod dan detik dan waktu nya saya tidak lagi consume / ketagih /  minum air 3 in 1 or any coffee sebab saya dah takut jadi macam tu lagi, saya tau usus saya sakit ni sebab saya sendiri yang tak jaga kesihatan :(

Now saya dah tak sentuh nescafe, awal-awal berhenti dulu saya jadi pening kalau tak pekena, tapi Allah tahu niat hambaNya, sehari ja saya pening, esok tu dah tak minum pun takpa, ok jer!dan begini caranya Allah mentarbiyah saya agar saya lebih menghargai apa yang saya ada sekarang. Masa sakit ni baru kita tau, ya Allah betapa nikmatnya hidup sihat dan boleh makan macam-macam. Kalau sakit ni, nak makan pedas pun tak berani huhu. Kata nak sihat kan hehe..so mari jaga kesihatan dengan berpantang (hahaha dan sekarang kawan-kawan suka kutuk saya sebab dulu tak makan sayur tapi sekarang jadi penggemar sayur pulak)

Sedikit info ....

Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia.
 
Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi risikonya lebih tinggi jika anda berusia lima puluh tahun ke atas.
 
Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda:
  •  mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
  •  pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau kolitis Crohn) lebih daripada lapan tahun.
 Tanda-tanda kanser usus

Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:
  •  Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  •  Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau  najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  •  Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  • Sakit perut.
  • Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
  • Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.
So saya nak nasihat semua, jangan jadi macam mak jemah atas ni sebab nanti korang suffer sakit macam mak jemah baru korang nak rasa sedih..huhu...Sebelum tu nah iklan dari penaja...jaga pemakanan anda, hargailah kesihatan anda...cewah ahaha





aQma

2 comments:

Syuhada Hassan said...

heheheee..lenkali beware naa k.ma..jgn minum kafein n mknan pedas...

aQma said...

tula yang...u are what u eat, so beware..ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...