Blogger Layouts

Tuesday, September 20, 2011

doa jodoh ~



 DOA JODOH
 
Satu petua, dari Buku “Zikir Asma’Ul Husna 99 Nama ALLAH”, hasil karangan & penulisan Ustaz Hassan Mia. Inilah Petuanya :-

Langkah Pertama.

1. Baca Bismillah 1x.
2. Baca Selawat 1x.
3. Baca Zikir Asma’ “YA ‘ALIYYUL ‘AZHIIM” 11x.
4. Baca Selawat 1x.

Setelah selesai Langkah Pertama, seterusnya Langkah Kedua.

1. Baca Bismillah 1x.
2. Baca Ayatul Kursi 3x.
(Bismillah hanya dibaca pada sebelum bacaan Ayatul Kursi pertama sahaja, kedua & ketiga terus membacanya, yakni tanpa perlu disulami dengan bacaan Bismillah.)
3. Setelah selesai bacaan Ayatul Kursi ketiga (terakhir) itu, tarik@sedut satu nafas yang dalam, kemudian hembus@tiup pada kedua-dua belah tapak tangan, lalu disapu ke muka@wajah & kedua-dua mata.
*Nota :
Petua ini hendaklah diamalkan secara berterusan & Istiqomah, amal sehari sekali sudah dikira cukup baik. Waktu mengamalkannya boleh dilakukan sebarang waktu mengikut keperluan & kehendak saudara-saudari. Namun dalam kebanyakan mana2 ajaran & jalan yang hamba menuntut dalam mengamalkan Petua2 ini, antara salah satu waktu yang paling Afdal & Aula ialah pada ketika dalam waktu Subuh. Banyak dari para Alim Ulama yang hamba pernah & ada menuntut, menyatakan bahawa pada waktu Subuh lah, adalah merupakan antara salah satu waktu yang di dalamnya terdapat paling banyak barokah.


DOA DARI SURAH YASIN

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan
berpasang- pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum
berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa,
hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah

DOA BAGI WANITA YANG BERHARAP JODOH

Robbi Hablii Min Ladunka Zaujan Thoyyiban Wayakuuna Shohiban Lii Fiddiini Waddunyaa Wal Aakhiroh

Ertinya : Ya Robb berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat.


 sumber : rakan opis (dia google fadhilat zikir Asmaul Husna)







aQma

2 comments:

Syuhada Hassan said...

kakma syg~ tq 4 sharing the doa(s)...hopefully apa yg k`ma bg pada org len, semua kbaikn tu ALLAH akn 'balikkan' pada kakma....aamin :)))))

aQma said...

sharing is caring yang ngeeeeeeeeeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...