Blogger Layouts

Tuesday, January 17, 2012

Bila seorang wanita menangis ~

 Bila seorang wanita itu menangis di hadapanmu,itu bererti dia tak dapat menahannya lagi....

Bila kamu memegang tangannya saat dia menangis,dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu....

Bila kamu membiarkannya pergi,dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu....

Selamanya….Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.

Dia menjadi lemah....Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,hanya jika dia sangat menyayangimu,tiada lagi rasa egonya,...

Lelaki,bila seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,tolong pegang tangannya dengan pengertian.dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.....

Lelaki,Bila seorang wanita menangis keranamu....tolong jangan mempersiakannya...Mungkin kerana keputusanmu,kau merosakkan kehidupannya....Saat dia menangis di depanmu,Saat dia menangis keranamu,lihatlah matanya….dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Fikirkan….Wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni,penuh rasa sayang,di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan kerana dia lemah,dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,kerana menangis dengan diam-diam sudah tidak mampu bagi dirinya.

Lelaki,fikirkanlah tentang hal itu...jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya...

Hanya kau yang tahu jawapannya..Pertimbangkanlah,kerana suatu hari nanti mungkin akan terlambat untuk menyesal,mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Jaga dan cintailah ia sewaktu ia takut dan sendiri,Hapuslah air matanya,ketika ia merintih dan menangis,Buatlah ia tersenyum,di saat ia bersedih dan kecewa...

Rasakanlah kesedihannya,ketika ia berduka dan janganlah kau membuat hatinya hancur dan terluka,kerana pada suatu saat nanti engkau akan sedar, betapa pentingnya dia saat dia telah pergi dari hatimu untuk selamanya.....
























aQma

2 comments:

Anonymous said...

sedih la bila baca post ni .. ase nak nangis je .. kenapa seorang lelaki x pernah cuba untuk memahami hati serang wanita .. sakit hati bila seorang lelaki menghampakan hati seorang wanita sedangkan lelaki tu tau yg kita benar2 mencintai dan menyanginya .. :'(

budak blurr said...

min ..tolong jwab soalan aku..aku pnah try sorg awek ni..dulu mula2 aq try dia..xdpat..aq cuba lagi ..lagi,lagi dan lagi..byak cara yg dia buat kat aq supaya aq xkacau dia lagi..msej xblas,ckap daa ad pakwe..sruh tunjuk gmbr xnak smpai aq pikir dia tipu,call xangkt,bila call masa dia duk kg dia sruh adik lelaki dia ckap kat aq jgn kacau dia lagi..asyik nak lari je dr aq dan pnah ckap aq myampah tgok kau sbb aq slalu kacau dia..aq tutup pintu mase dia nak masuk dewan kuliah,amik handbag dia,kejutkan dia time tido lam dewan mcm2 lagi laa..hahaha..tpi aq plik ..prangai dia cam yoyo kdang2 buat aq rase dia xsuka aq smpai aq down giler dan emosional smpai aq byak msj dia tentang kekurangan aku..dan kadang2 juga dia buat aku rase dia jugak suka aq..aq pegang baby dia nak jugak,aq main badminton aq strike ats kepala dia pstu dia blas blik dan ckap puas hati aq smbil gelak besar..aq timbang bola dia ckap dia suka dan suruh aq buat smpai buat suara manja,call pon kadang2 ckap elok manja je..ada satu hari tu mase buat nak buat group assignment aq ajak dia dan dia tak dtg2 nak call xde kredit nak wassap xde internet..mmg susah laa..aq p kedai bli topup and call aq marah jugak laa..sbb lame aq tggu dia lame,dah laa aq sorg jer sbb group aq 3 org jer sorg lagi blik kampung..dia pon minta maaf..aq ckp senangnya mintak maaf..pstu dia marah aq blik smpai baling phone..(member dia cite) lepas kejadian tu asyik gaduh jer aq ngan dia..tpi aq mintak maaf blik dan berbaik blik ..haaa. yg bestnya cite aku ni.. dia ad best friend lelaki muka ala2 korea(tak mcm aq xhensem)..lelaki tu slalu ad dgn dia..aq jealous gak laa..tpi aq pikir positif laa mgkin dia anggp kawan je lagipon ap bole buat blum jdi aq punya lagi..laki tu kira saingan aq laa..hahahaha..cam drama plak..aq hmpir2 nak give up dgn prangai dia ..tpi aq pikir daa sejauh ni aq buat takkan nak brenti tgah jalan..smpai satu hari tu,aq aja dia jumpa (sbenarnya daa byak kali ajak face to face ni)..cuma aq byak sibuk laa..sbb byk bnde nak urus mase study dlu..ad masa btul2 free bru jumpa..dan kami jumpa..aq luahkan prasaan aq kat dia .aq ckap aq suka dia ..dia senyum jer memanjang..dua2 jdi malu xnak bertemu mata laa tpi trpandang jugak smpai dia snyum pon tgok tmpat lain..muka dia aq tgok berbunga-bunga jer..aq tnya ap prasaan dia kat aq..dia pon ckap sbenarnya dia pnah ad pakwe tpi hubungan diaorg xtau kemana ..masing buat xtau .msj x,call x..xbrhubung laa snng citer..aq egtkn si bestfriend dia tu..rupanya lelaki yg zaman skolah dia dulu..aq xsggup nak dgar pengakuan dr isi hati dia ..aq stop tnya ap prasaan dia pada aq sbb aq tkut lain jwapan yg diharap..phtu aq ckap xpe laa ..nak couple laa dlu smpai puas..pstu dia binggung..sbenarnya mksud aq..aq nak dia thu yg aq btul2 cinta smpai aq sggup tggu dia smpai dia abis blaja pstu aq nak meminang tu jer..pstu ad guard kt kondo kami tu bgi warning kt kitaorg sruh blik tido sbb kita org date tmpat larangan..biasa laa student..last skali aq ckap jgn bgitau sesiapa pon psal aq ckap aq suka kau trutamanya best friend lelaki dia..dia tnya knapa..aq ckap nnty awk thu sndiri..lepas kjadian tu aq bgi dia hadiah buku aq selitkan nota-nota romantik dlm tu ayt pendek jer..dlm stiap 20 page ad nota...aq pergi rumah dia nak bagi buku tu..aq tggu dia kluar lama baii..pstu dia kluar make up bagai(sbelum ni xprnah make up pon) ..dia egt aq nak ajak dia date..aq dah laa seorg yg nervous thap gaban..nak bagi buku pon myorok..aq bgi buku tu phtu aq blah sbb malu sgt..daa lame kmudian aq pon xcontact dia lbih kurg sbulan jgak..sbb aq tahu dia xsuka aq..pstu member perempuan dia mesej aq ckp..sruh aq stop kcau dia sbb dia slalu nngis klau sbut psal aq..aq plik laa sbb lama daa aq xgnggu dia sbb aku tau dia suke aq ..aku buat kputusan aku xkan gnggu dia lagi dan aq akn brenti amik berat psal dia sbb aq xnak tgok dia nggis aq nak dia bhagia..aku plik..?? soalan aq ..aq buat ap smpai dia mnggis tu ??dia suka aq jugak ke ?? atau dia kesian sbb aq baik dgn dia dan xsggup nak tolak cinta aq ?? jwb ehh min ringkas pon xpe ..penat menaip ni..nak tnya seseorg malu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...