Blogger Layouts

Monday, February 3, 2014

Semangatlah.



 Assalamualaikum..

Terasa janggal nak menaip di blog sendiri. Dulunya, semua benda yang berlaku dalam hidup, semua saya nak sumbat / cerita dalam satu entry. Tapi sekarang, part-part yang berlaku dalam kehidupan, terpaksa ditapis demi keselamatan haha.

Semangat menulis yang hilang entah ke mana, cuba saya cari semula perlahan-lahan. Kehidupan kian hari kian berubah. Iyalah, takkan selamanya kita di takuk yang sama dan lama.Perlu matangkan diri iyo dop??

Entry kali ni saya nak cakap pasal semangat. Kalau perasan entry saya dulu masa hujung tahun 2011 saya ada buat entry yang bunyi hint-hint macam orang putus cinta kan hehe.. Ya memang pun. Sekarang dah 2014..saya temui seseorang yang tak pernah saya sangka pun, eh dia ni jodoh aku? Alhamdulillah semoga yang terbaik untuk saya. Aamin aamin~ Mohon doa kalian moga dipermudahkan urusan kami untuk mendirikan masjid..doakan saya na :)

Sebenarnya saya pun macam tak percaya saya boleh bertahan bila orang tinggalkan saya. Saya pun tak sangka saya boleh kuat macam ni sekali. Alhamdulillah , syukur ya Rabb. Seingat saya dulu, setiap kali tengok kawan-kawan berkahwin, saya yang single time tu boleh berlapang dada, saya kuat kerana adanya Allah, saya juga banyak sibukkan diri dengan family dan kawan-kawan tersayang.Kadang-kadang kita tengok kawan-kawan kita sibuk g dating,sibuk dengan suami n anak2, paling terasa bila sibuk ada orang message2, tapi kita ni sorang2 je takda sapa pun nak message. Cool beb cool...haha. Dun wori, sebab kalau awak boleh pikir secara matang, awak akan nampak semua tu mainan syaitan, dia nak ajak awak cari cinta yang tidak halal. Okei mesti awak taknak menyesal kali kedua keempat keseploh dah kan.Semangat dan terus semangat okeh??Awak mesti nak jumpa Mr. Right awak terus kan.So awak tak perlu nak cari boipren cepat-cepat sebagai ganti. Niat awak kena betol. Kena minta pada ALLAH jodoh yang baik, minta dipermudahkan juga urusan jodoh.

Syukur syukur.. Dia Maha Mengetahui perjalanan hidup kita macam mana. Dia sebaik-baik perancang. Masa putus dulu, saya selalu dengar lagu Opick macam  Tiada Duka Yang Abadi, Rapuh, semua tu buat saya kuat semula! Ni pasal lagu ketuhanan, paling kurang kita akan rasa aku hanya hilang kekasih tapi aku belum hilang Allah.

Mungkin orang akan cakap, Hilang boipren je pun. ek eleh!poyo...Okei memang kedengaran poyo. tapi untuk orang yang jenis setia, jenis tak reti pasang dua tiga, semua ni makan hati okei! Kalau setakat kenal dua tiga bulan takda masalah, ni makan tahun, mesti paling kurang pun rasa sentap kan hehe.

Okeh baiklah, jangan sedih ye kalau ditinggalkan sebab orang yang tinggalkan kita tu buka laluan untuk orang yang lebih baik masuk dalam hidup kita. Kena yakin dengan janji Allah, perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik..heeeeeeeeee..

Entah kenapa saya nak taip entry pasal ni pula..saya harap dapat membantu orang yang pernah rasa macam yang saya rasa. Setiap orang tak sama dugaan mereka. Jadi yang mana kebetolan sama kisahnya dengan saya, saya harap dapat bagi semangat sikit. hehe


Nanti nak update lagi.. semangatlah aqma!~












aQma

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...