Blogger Layouts

Sunday, March 3, 2013

Bukan itu ku mahu



Assalamualaikum..

Jumaat lepas, 1/3/13, satu kejadian yang tak pernah ku jangka akan berlaku. Bergerak ke nat dengan mak dan adik-adik sangatlah fun, seronok sebab nak p tengok apa yang ada. Nat yang ku jejak tu baru pertama kali ku singgah.

Ramai. Ya memang ramai. Panas. Memang sangat panas.  Langkah ku atur dengan kemas. Panjang betol nat di situ. Oh ya kalau tak tau apa itu nat, mostly dikenali sebagai pasar tani. hihi.

Sepanjang berjalan, terasa dahaga tapi daku buat tak tahu saja. Bila dah sejam berjalan, tiba-tiba. Mak, kak rasa nak pitam la.

Haish jangan duk buat main2. Ibuku rasa daku main-main? Ku cuba gagahkan diri berjalan mencari air untuk membasahi tekak. Tiba-tiba aku merintih, mak tolong pegang tangan kak, rasa melelong dah ni..

Tupppppppp bunyi beg plastik. Sayur-sayur mak telah ku bagi jatuh, anak mak ni pulak sikit lagi nak sembah bumi, cium jalan.

Ya Allah pasaipa ni....Yang ku dengar masa itu, kak dengan abang mana ntah cuba tolong, bawa daku ke van depa meniaga.

Depa kipas daku, bagi daku ruang, sambil sapu minyak di belakang leher. Mata masih terasa kelam. Pandanganku kabur. Hanya suara-suara orang yang kedengaran.

Masa tu terasa lemah. Ditambah pulak daku muntah. Ya muntah sangat-sangat. Selepas beberapa ketika, baru ku sedar kehadiran adik-adik yang masa kejadiannya kami berpecah. Mak kelihatan risau nanti daku nak bawa kereta macamana dengan keadaan macam tu. Sempatku jawab, takpa kak dah okey sikit.

Ku cuba melangkah semula, satu ucapan terima kasih sempatku beri buat si pemilik gerai buah yang menumpangkan aku. Baru lima langkah, aku melelong semula. Akhirnya kami tunggu ayah dan adik lelaki ku untuk mengambil kami sebab drebar yang bawa p nat tu pitam pulak dah....

 Apakah sebabnya pitam ni selain perot kosong atau berjalan di tengah panas?atau sebab tekan darah rendah?






aQma

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...